Menu yang simple tetapi boleh membangkit selera anak-anak. Terdapat pelbagai resepi masak kicap namun resepi yang digunakan ini sangat mudah dan senang untuk disediakan.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap pekat manis
2 biji cili merah
5 biji kacang panjang - dipotong serong
2 helai daun limau purut - Jika suka
Minyak - Untuk menggoreng ayam dan menumis
Cara Penyediaan:
Ayam dilumur dengan garam dan kunyit, kemudian goreng.
Tumbuk bawang kemudian tumis
Masukkan kicap dan tambah sedikit air mengikut kepekatan yang disukai
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan ayam yang telah digoreng
Masukkan daun limau purut, kacang panjang dan cili yang telah dipotong.