Wednesday, January 21, 2015

Kuih Kasui Resepi Azie Kitchen



Ada pelbagai resepi untuk sedikan kuih kasui. Resepi yang dirujuk adalah resepi dari blog Azie Kitchen. Kebanyakkan resepi beliau adalah senang dan mudah untuk disediakan. Resepi seperti yang disalin dari blog Puan Azie. walau bagaimanapun resepi ini telah diubah sedikit mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada.

Bahan bahan: 

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 keping gula Melaka @ Nise - Puan Azie hanya guna 2 1/4 keping
1 cawan gula pasir
6 cawan air - Puan Azie guna 7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
 
Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 
  3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
  4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang.
  5. Seperti Puan Azie, guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Boleh kukus sehingga 1 jam.
  6. Mengikut cara Puan Azie, sekali sekala lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
  7. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
 


No comments:

Post a Comment