Bahan-bahan:
1kg siput sedut-bersihkan dan potong dihujungnya
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 - 5 biji cili api
2 batang serai - untuk dititik
Seikat pucuk ubi - boleh digantikan dengan keladi, belimbing, pucuk manis atau terung telunjuk
1 inci kunyit hidup - saya gunakan serbuk kunyit
1 inci halia
1 kotak santan - 200ml
Cara Penyediaan:
- Mesin atau tumbuk lumat bawang, kunyit, cili dan halia
- Sementara tu celur pucuk ubi sehingga empuk dan sejatkan airnya
- Campurkan santan dan bahan yang dimesin, tambah air mengikut kepekatan kuah yang disukai
- Panaskan seketika, sentiasa kacaua untuk dapatkan kuah yang cantik
- Apabila mendidih masukkan siput, serai dan pucuk ubi masak sehingga siput masak
- Perasakan dengan garam dan gula
No comments:
Post a Comment