Monday, June 13, 2016

Sayur Lemak Ubi Besar



Sayur lemak ubi besar atau lebih dikenali di Kelantan dengan ubi badak. Selain direbus untuk dimakan sahaja, ubi ini memang sedap dimasak lemak atau dimasukkan di dalam gulai daging.

Bahan-bahan:

1 Ketul ubi badak (saiz kecil) - Boleh juga gunakan ubi keledek
4 ulas bawang merah*
setengah sudu kecil lada hitam*
sedikit bilis jika suka - boleh digantikan dengan isi ikan kembung atau selayang*
2 cawan santan
Kangkung/Pucuk Manis/Bayam

Cara Penyediaan:
  1. Buang kulit ubi potong kecil sebesar saiz ibu jari kaki dan basuhkan dengan garam lagi elok guna garam kasar untuk hilangkan lendir ubi
  2. Tumbuk bahan yang bertanda*
  3. Campurkan santan dan bahan yang ditumbuk campurkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  4. Masukkan ubi, masak sehingga mendidih dan ubi empuk.
  5. Masukkan sayur kangkung boleh juga digantikan dengan pucuk manis atau bayam.
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Boleh masukan lada merah yang dipotong jika suka.


No comments:

Post a Comment