Sunday, September 8, 2013

Nasi Impit Kuah Kacang



Permintaan daripada Incik Suami minta masakkan kuah kacang untuk jamuan raya di opisnya.  Pada mulanya kami nak beli kacang yang dah siap ditumbuk. Tapi bila tengok kacang yang dah siap ditumbuk tu macam hancur sangat, incik suami beli kacang biasa, dia tolong goreng dan keluarkan kulit semua. Alhamdulillah saya tinggal tumbuk saje.
 
Resepi kuah kacang ni memang banyak, resepi kuah kacang a.k.a kuah satey versi Kelantan, kuah  akan jadi hitam dan manis, guna gula kabung a.k.a Nise. Kali ni saya cuba masakkan kuah kacang guna resepi daripada sifu masakan yang saya selalu ikut dalam blog beliau Dapur Tanpa Sempadan, sapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu. Memang sedap kuah kacang ni. Cuma saya ada derhaka sikit pada resepi CM, saya masukkan bahan-bahan sendiri mengikut kesesuaian dan bahan-bahan yang sedia ada. Boleh rujuk lain-lain resepi hebat di Blog CM www.tiffinbiru.com/
 
Resepi Kuah Kacang - Disalin daripada Blog Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kacang tanah
1 senduk nasi penuh cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1500 ml air

BAHAN KISAR HALUS :-)
80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan
13 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, dihiris
1 camca besar ketumbar
1 1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
  2. Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

2 comments: