Thursday, December 8, 2016

Makan-Makan Phi Phi Island


Mee Racun Batu Pahat


Nasi Goreng Krabi


Restoren Kari Kambing 40 Hari


Martabak Singapore Zam Zam Restoren


Mr. Dak-Galbi, Setiawalk



Sup Tulang Merah Singapore


Ais Krim Kelapa Jombali Putrajaya


Asam House Setiawalk Puchong


Asam Pedas Kepala Ikan Merah


Teresek Jantung Pisang


Monday, June 13, 2016

The Bites Cafe






Menu sarapan pagi di Bites Cafe Sri Kembangan. Pelbagai menu pilihan sarapan yang ada sesuai untuk seisi keluarga.

Sakae Sushi



Sakae Sushi di IOI City Mall Putrajaya.

Ais Krim






Ais krim kek untuk birthday Nurin Khadeeja

Sayur Lemak Ubi Besar



Sayur lemak ubi besar atau lebih dikenali di Kelantan dengan ubi badak. Selain direbus untuk dimakan sahaja, ubi ini memang sedap dimasak lemak atau dimasukkan di dalam gulai daging.

Bahan-bahan:

1 Ketul ubi badak (saiz kecil) - Boleh juga gunakan ubi keledek
4 ulas bawang merah*
setengah sudu kecil lada hitam*
sedikit bilis jika suka - boleh digantikan dengan isi ikan kembung atau selayang*
2 cawan santan
Kangkung/Pucuk Manis/Bayam

Cara Penyediaan:
  1. Buang kulit ubi potong kecil sebesar saiz ibu jari kaki dan basuhkan dengan garam lagi elok guna garam kasar untuk hilangkan lendir ubi
  2. Tumbuk bahan yang bertanda*
  3. Campurkan santan dan bahan yang ditumbuk campurkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  4. Masukkan ubi, masak sehingga mendidih dan ubi empuk.
  5. Masukkan sayur kangkung boleh juga digantikan dengan pucuk manis atau bayam.
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Boleh masukan lada merah yang dipotong jika suka.


Tony Roma's IOI City Mall Putrajaya









Lunch di Tony Roma's IOI City Mall Putrajaya



Laksam


Laksam, untuk menyediakan kuah seperti di SINI. Laksam boleh beli yang dah siap ada dijual di pasar Putrajaya atau di Pasar Borong Sri Kembangan.








Martabak Mamak


Air Batu Campur


Nasi Arab, Roti & Kari Kambing



Menu Nasi Arab dan Roti Nan di Mr Khabab Cyberjaya.




Paru Goreng Berlada


Kerabu Sare


Nekbat


Nasi Kerabu


Gulai Daging Nangka Muda


Tuesday, April 19, 2016

Ketam Bercili



Bahan-bahan:

3 ekor ketam
5 Biji Cili Merah
2 Biji Cili Hijau
4 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
Sedikit belacan - Jika Suka

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ketam dan kerat dua
  2. Mesin semua bahan-bahan, kemudian tumis sehingga cili betul-betul masak.
  3. Boleh tambah air untuk pastikan cili betul-betul masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula
  5. Masukkan ketam, masak seketika.


Ayam Masak Bali



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil
4-5 sudu cili kering atau cili kisar  
5-6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan - jika suka
5-6 tangkai daun kari
3 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
3-4 sudu Kicap manis 


Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam yang telah dilumur garam dan kunyit
  2. Mesin bawang, cili kering dan belacan
  3. Tumis sehingga cili masak , boleh tambah air untuk pastikan cili benar-benar masak
  4. Masukkan serai yang telah diketuk dan daun kari, tumis seketika
  5. Masukkan gula dan garam
  6. Kemudian masukkan kicap dan ayam


Kacang Pool



Kacang Pool di Medan Selera Presint 9, Putrajaya.

Kari Kepala Ikan Merah



Bahan-bahan:

Kepala ikan merah sederhana besar - belah dua
1 cawan santan
4 sudu serbuk kari
2 sudu cili giling
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2 Tangkai daun kari
Air asam jawa

Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk lumat bawang, kemudian tumis sehingga wangi
  2. Masukan cili giling, kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air
  3. Tumis sehingga rempah betul-betul masak, perlu tambah air untuk pastikan rempah masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan setangkai daun kari
  5. Kemudian masukkan santan dan air mengikut kepekatan yang disukai
  6. Masukkan ikan, masukkan setangkai lagi daun kari
  7. Perasakan dengan garam dan gula
  8. Masukkan sedikit air asam jawa

Dalca



Bahan-bahan:

1.5 kg daging
1 labu bawang besar
1 Kotak Santan - 200ml
6-7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar cili giling
1/2 keping gula melaka - Jika suka

Sayur-Sayur

1/2 biji nenas
Terung
Karot
Jagung muda
Kacang panjang
Kacang Bendi

Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk lumat bawang kemudian tumis sehingga wangi
  2. Masukkan cili giling tumis sehingga pecah minyak, boleh berulang tambah air untuk pastikan cili betul-betul masak
  3. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga betul-betul masak dan pecah minyak perlu tambah air jika perlu
  4. Masukkan daging masak seketika sehingga daging empuk
  5. Masukkan santan dan tambah air mengikut kepekatan yang disukai
  6. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran, perasakan dengan gula dan garam

Kuih Keria Gula Melaka


Daging Bakar Air Asam


Nasi Dagang Kelantan


Sunday, March 27, 2016

Black Pepper Lamb & Chicken


 
Black Pepper Lamb dan Chicken yang dibeli dari rakan memang sedap, sangat mudah panaskan di dalam pemanggang ajaib bila dah separuh masak tambah sayur-sayuran yang disukai. Sos yang disertakan juga menepati selera kami sekeluarga.

Pulut Mangga

 
 
Pulut mangga yang dimakan di kedai Kak Som Kg Baru KL. Macam-macam kuih muih Kelantan dijual memang rambang mata. 

Nasi Ayam



Nasi ayam menu yang tidak pernah jemu, menjadi kegemaran semua. Resepi yang digunakan sama dengan resepi sebelum ini. Resepi Nasi Ayam DI SINI.

Monday, March 7, 2016

Tepung Boko Ubi Kayu



Resepi seperti yang dirujuk dari blog Azie Kitchen.

Bahan bahan:

Ubi kayu (dalam 3 cawan ubi parut)
1 cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan
2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih.
  2. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya.
  3. Parut ubi sehingga habis. (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
  4. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
  5. Panaskan periuk kukus.
  6. Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
  7. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
  8. Hidangkan bersama kuah/sos santan

Sos Santan 

Bahan bahan:

1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam 
sehelai daun pandan ~ disimpul

Cara Penyediaan:

  1. Bancuh tepung beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
  2. Campurkan santan, air & air bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
  3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak. Rasakan garam nya.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.