Monday, January 26, 2015

Roti Goreng



Roti goreng berinti kacang, kuih yang agak simple namun sedap dimakan. Kuih ini juga senang disediakan di mana inti kacang merah sudah sedia dijual di kedai-kedai kek.
 
Bahan-bahan:
 
Gandum - 1kg
2 paket mauripan
3 sudu mentega
Sedikit gula dan garam
Air secukupnya
Inti kacang yang siap dibeli - boleh didapati di kedai peralatan bakeri
Minyak untuk menggoreng
 
Cara penyediaan:
 
1. Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh
2. Bulatkan doh dan masukkan inti kacang dan goreng sehingga perang
 

Saturday, January 24, 2015

Mee Goreng Basah


Mee goreng basah, salah satu menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Sering dimasak sebagai sarapan.

Bahan-bahan:

Sebungkus Mee - 1/2kg
Isi ayam/udang/sotong
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
5 Sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Seikat sawi
Tomato segar - jika suka

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang dan cili giling sehingga masak, boleh berulang tambah air untuk pastikan cili betul-betul masak
  2. Masukkan isi ayam masak seketika
  3. Masukan semua sos dan kicap masak seketika perasakan dengan garam dan gula
  4. Masukkan udang atau sotong
  5. Masukkan mee gaulkan sehingga mesra.

Thursday, January 22, 2015

Makan di Restoren Horizon Garden Bangi

 
 
Set lauk pauk yang dipilih semasa makan malam di Restoren Horizon Bangi memang menepati selera kami sekeluarga. Harganya juga amat berpatutan.

Kek Free Hadiah Tupperware



 
Kek Mocha yang sangat-sangat sedap hadiah membeli set Tupperware tambahan koleksi keluaran Tupperware juga bermacam-macam memang memikat hati.
 

Ais Krim Kelapa @ Nyior Wakaf Bharu

 
 
Ais Krim Kelapa @ Nyior yang mendapat sambutan hangat di Wakaf Bharu Kelantan. Kebetulan balik kg, kami sempat menikmati ais krim ini. Rasanya yang lemak manis di makan bersama dengan sedikit pulut, isi kelapa muda, kacang memang sangat-sangat sedap. Untuk mendapatkan meja dikedai makan ini memang perlu beratur panjang, sementelah kedainya tidak la sebesar mana. Selain menjual ais krim kedai ini turut menjual masakan panas yang lain. Kedainya terletak berdekatan dengan Pasar Wakaf Bharu, kedai makan Nadieya.

Wednesday, January 21, 2015

Kuih Kasui Resepi Azie Kitchen



Ada pelbagai resepi untuk sedikan kuih kasui. Resepi yang dirujuk adalah resepi dari blog Azie Kitchen. Kebanyakkan resepi beliau adalah senang dan mudah untuk disediakan. Resepi seperti yang disalin dari blog Puan Azie. walau bagaimanapun resepi ini telah diubah sedikit mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada.

Bahan bahan: 

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 keping gula Melaka @ Nise - Puan Azie hanya guna 2 1/4 keping
1 cawan gula pasir
6 cawan air - Puan Azie guna 7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
 
Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 
  3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
  4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang.
  5. Seperti Puan Azie, guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Boleh kukus sehingga 1 jam.
  6. Mengikut cara Puan Azie, sekali sekala lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
  7. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
 


Wednesday, January 14, 2015

Spaghetti Goreng

 
 
Menu yang digemari anak-anak meskipun berulang kali masak tetap mendapat sambutan sehingga licin.
 
 
Bahan-bahan:
 
1/2 Paket Spaghetti
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
5-6 sudu besar cili giling *
2 sudu sos tiram
2 sudu sor tomato
2 sudu sos cili
Sotong/Udang/Ayam
Capsicum hijau/merah/kuning - cili benggala
Minyak untuk menumis
Garam dan gula
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Celur spaghetti di dalam air yang dicampurkan 2-3 sudu minyak, celur kemudian sejatkan
  2. Tumis bawang yang dimesin serta cili giling sehingga masak
  3. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil
  4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato diikuti dengan udang dan sotong
  5. Peraskan dengan garam dan gula
  6. Akhir sekali masukkan spaghetti dan sayur capsicum kacau sehingga mesra
 
 
 


Kuih Topi Kelantan


 
Kuih topi atau kuih cucur merupakan kuih tradisional di Negeri Kelantan. Susah untuk mencari kuih ni kerana ia jarang dijual dikedai-kedai.
 
Bahan-bahan:
 
3 cawan tepung beras
3 1/2 cawan tepung gandum
4~5 cawan air
3 cawan gula
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan biarkan semalaman
  2. Kemudian gorengkan di dalam kuali kecil dengan sedikit minyak sahaja
  3. Semasa menggoreng perlu adjust kepekatan adunan sekiranya pekat boleh ditambah dengan sedikit air suam sekiranya perlu.

Colek Perut dan Paru

 
 
Colek yang sangat popular di Kelantan, colek perut lembu serta paru. Colek ini sememangnya sedap kerana ia dicampur dengan sayur-sayuran seperti timun dan taugeh. Rasa masam manis kuah colek memang membangkit selera.
 
 
Bahan-bahan:
 
1/2 kg perut lembu - direbus sehingga lembut
1/2 kg paru - rebus sehingga lembut
2 biji timun - Potong kecil dan memanjang
4-5 genggam taugeh - Celur sekejap

1/2 cawan kacang tumbuk
2 cawan air asam jawa
2 keping gula Melaka @ nise
3 biji cili kering @ 2 sudu serbuk cili kering
3 sudu cuka
garam dan gula
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Potong kecil perut dan paru yang telah direbus dan asingkan.
  2. Goreng paru sehingga garing (perut tidak perlu digoreng)
  3. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, serbuk cili kering dan cuka ke dalam periuk kemudian masak hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan gula
  5. Sejukkan, sebaik sahaja sejuk boleh dimasukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan semua bahan gaul hingga mesra dan taburkan kacang goreng semasa hendak makan.



Puteri Mandi


 
Selain dari kuih Buah Melaka atau onde-onde, kuih Puteri Mandi juga merupakan kuih yang sering disediakan semasa bulan Ramadhan. Untuk menyediakannya sama seakan-akan Buah Melaka cuma bezanya ia digaulkan dengan kelapa yang disira bersama gula.

Bahan-bahan:

1 Cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dgn air)
1/3 cawan air
1 cawan kelapa parut digaul
1/2 cawan gula
Daun pandan
Pewarna yang disukai
Secubit garam
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Untuk sediakan kuih dalam kuantiti yang banyak perlu digandakan sukatan yang diberi di atas
  2. Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dan air - titis pewarna di dalam air untuk dapatkan warna yang digemari
  3. Sediakan air rebusan untuk proses memasak kuih (air rebusan di atas dapur). Sediakan kuih puteri, bulatkan kecil-kecil kemudian tekan supaya bulatan menjadi lekuk di tengah
  4. Masukkan dalam periuk, masak sehingga kuih timbul. Angkat dan rendam di dalam air sejuk sementara menyediakan kelapa.
  5. campurkan kelapa dengan gula dan sedikit air jika perlu, panaskan di atas api yang perlahan sekiranya suka masukkan setengah sudu keci esen pisang
  6. Sekiranya tidak menggunakan esen pisiang boleh digantikan dengan daun pandan sekadar untuk mewangikan kelapa
  7. Sejat kuih puteri dan gaulkan dengan kelapa yang telah disira gula.

Kerabu Sare'


 
Menu ini sukar didapati dan hanya terdapat di Pantai Timur terutamanya Kelantan. Sare' ialah sejenis rumpai laut yang dikeringkan. Sare' yang telah dikeringkan boleh simpan lama berbulan-bulan malah bertahun. Selalunya sare' hanya dibuat kerabu dan dimakan bersama-sama dengan nasi sebagai lauk sampingan. Ia juga sering dihidangkan apabila ada kenduri sebagai tambahan kepada lauk pauk kenduri.


Bahan-bahan:

2 - 3 genggam sare kering - dicelur dan diramas untuk keringkan air
3 ekor ikan selayang - direbus dan asingkan isinya
4 ulas bawang merah - ditumbuk hancur
setengah sudu lada hitam - ditumbuk hancur
Setengah cawan santan pekat
Gula dan garam
3-4 sudu budu
1-2 sudu cuka
Cili padi jika suka

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang, isi ikan dan lada hitam
  2. Gaulkan semua bahan-bahan
  3. Untuk rasa pedas tumbuk cili padi dan gaulkan supaya mesra

Monday, January 12, 2015

Laksa Lemak Kelantan

 
 
Menu yang sering dimasak terutama bila berkumpul adik-beradik. Menu yang tidak jemu dimakan, setiap kali masak laksa berulang-ulang kami makanResepi seperti di sini.

Sunday, January 11, 2015

Laksa Penang

 
 
Laksa Penang memang banyak dijual di pasar malam, pasar tani atau di kedai makan. Jika teringin untuk makan laksa tidak perlu bersusah payah untuk memasaknya. Namun sekali sekala elok juga dimasak sendiri agar boleh dimakan berulang-ulang.
 
Bahan-bahan:
 
1kg Ikan Sardin/Selayang - Direbus dan asingkan tulang
7-8 sudu cili giling - boleh juga digantikan dengan cili kering anggaran 15 biji
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kesum
1-2 kuntuk bunga kantan
2-3 asam keping
Garam dan gula
Air - Mengikut kepekatan yang disukai - boleh gunakan juga air rebusan ikan
 
Cara Penyediaan:
 
1. Rebus ikan dan asingkan daripada tulang, mesin ikan hingga hancur
2. Mesin bawang dan cili
3. Campurkan bahan mesin dengan air mengikut kepekatan yang disukai
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keeping masak hingga mendidih
5. Perasakan dengan garam dan gula.
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, January 10, 2015

Ayam Pandan



Ayam Pandan menu masakan  yang sering dipesan apabila ke kedai makan masakan Thai. Sesekali dicuba masak sendiri Alhamdulillah menjadi hasil rujukan daripada blog-blog masakan. Walau bagaimanapun resepi yang dirujuk diubahsuai mengikut bahan-bahan yang ada. Resepi seperti yang dirujuk dari MyResepi sumbangan daripada Che Iza@MyResepi.

Bahan-bahan (untuk 3-4 org )
1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
daun pandan
Cara Penyediaan:
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

Jus Jimi Asmara Resepi Cik Mat Gebu

 
 
 
Jus Jimi Asmara hasil rujukan daripada blog masakan Dapur Tanpa Sempadan (Cik Mat Gebu) memang sedap. Bergelas-gelas diminum, sangat sedap. Resepi seperti yang disalin daripada blog Dapur Tanpa Sempadan.
 
Bahan-bahan:
 
Air masak secukupnya (anggaran 1500 ml)
4 - 5 camca besar gula (atau ikut tahap kemanisan masing2)
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick (dalam botol)
1 camca teh esen pisang (mat guna 3/4 camca teh)
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Bancuh guna dengan sedikit air panas, kacau rata. Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air batu. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
  2. Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya... Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimi asmara tadi secukupnya. Biarkan sejuk sebentar dan boleh nikmatinya....nyamannnnnn!!!!!

Friday, January 9, 2015

Gulai Udang Nenas


 
Masak lemak cili api udang bersama nenas. Lagi sedap bila menggunakan nenas madu yang sangat manis.

Bahan-bahan:

1/2 kg udang
1 biji nenas madu yang kecil - sekiranya nenas biasa elok dicelur dahulu
1 batang serai
I inci kunyit
1 batang serai
3-4 biji cili padi
2 ulas bawang merah - jika suka
1 kotak santan
1 keping asam keeping jika suka - memadai dengan masam manis nenas

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk atau mesin lumat bawang, kunyit dan cili padi
  2. Campurkan dengan sedikit air, masak hingga betul-betul masak
  3. Kemudian masukkan santan, asam dan serai biarkan mendidih
  4. Kemudian masukkan nenas
  5. Akhir sekali masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula


Bubur Singapore


 
Bubur nasi Singapore ini sangat sedap dan memang kena dengan selera kami sekeluarga. Menu ni diperolehi daripada kawan baik. Beliau selalu hantar ke rumah bubur yang beliau masak. Kerana menyukai bubur ini saya dapatkan resepi dari beliau dan telah berkali-kali masak bubur ini. Bubur ini dimakan bersama sos yang disediakan dan telur jeruk.
 
Bahan-bahan untuk bubur:
 
2 Genggam beras - di masak dengan air yang banyak
1 Kotak santan
300 gm daging - potong kecil dan nipis
15 ekor udang - lebih pon ok
10 ekor sotong- lebih pok ok
Sedikit garam
Daun pandan
 
Bahan-bahan untuk sos:
 
Segenggam udang kering
1-2 labu bawang besar merah - bawang india
Jus limau kasturi
Sedikit cuka makan - 2~3 sudu
Timun - Potong nipis dan halus
Tomato - Potong nipis dan halus
Garam dan gula
2 cawan air yang telah dimasak
 
Cara Penyediaan:
 
A. Bubur 
  1. Masak beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur menjadi bubur
  2. Masukkan daun pandan untuk mendapat bubur yang harum
  3. Masukkan daging dan masak sehingga daging betul-betul masak
  4. Masukkan santan dan garam diikuti udang dan sotong masak seketika
B. Sos
 
  1. Mesin/tumbuk udang kering
  2. Campurkan dengan air masak
  3. Masukkan bawang, timun, tomato yang telah dipotong
  4. Kemusian masukkan cuka dan jus limau
  5. Perasakan dengan garam dan gula 

Spaghetti Bolognese



Spaghetti Bolognese ala-ala Malaysia ni memang selalu dimasak. Setiap kali masak mesti teringat kepada arwah kawan. Al-Fatihah untuk arwah, resepi ni arwah kongsikan dengan kami kawan-kawan beliau masa kitaorang berkumpul masak ramai-ramai masa awal-awal kitaorang kerja disalah satu Jabatan Kerajaan. Resepi ini saya kongsikan disini semoga pahala berlipat ganda untuk beliau di sana.

Bahan-bahan:

5 biji tomato segar - saiz besar
2 cawan sos tomato
1 paket daging cincang
1 labu bawang besar Holland
3 ulas bawang putih
Cendawan butang dalam tin - sekiranya suka
Secekak daun ketumbar - potong halus
3 sudu lada hitam - tumbuk atau mesin
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Cincang bawang besar dan bawang putih tumis sehingga Wangi
  2. Masukkan daging cincang masak sampai kering air
  3. Kemudian masukkan tomato segar yang dimesin
  4. Masukkan sos tomato
  5. Boleh tambah air sekiranya pekat
  6. Masukkan cendawan butang, daun ketumbar yang dipotong halus
  7. Masukkan lada hitam yang telah dimesin
  8. Perasakan dengan garam dan gula


Sira Pisang



Sira pisang juga salah satu menu yang popular masa bulan puasa terutama di Kelantan.

Bahan-bahan:

6 biji pisang nangka/berangan/nipah
2-3 senduk gula
sedikit garam
Sehelai daun pandan
2-3 kuntuk bunga cengkih - sekiranya suka
Sedikit esen pisang - sekiranya suka
Pewarna kuning - sekiranya suka
Sedikit air kapur

Cara Penyediaan:

  1. Rendam pisang yang dibelah dengan air kapur - sekejap sahaja
  2. Panaskan gula dengan sedikit air masak sampai berkilat
  3. Masukkan garam, daun pandan, pewarna kuning, bunga cengkih dan esen pisang
  4. Kemudian masukkan pisang.
  5. Masak seketika.

Beehon Goreng Udang Kering


 
Beehon goreng menu yang simple dan sesuai dimakan bila-bila masa bukan sahaja untuk sarapan pagi.
 
Bahan-bahan:
 
Segenggam udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu cili giling
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Isi ayam - sekiranya suka
Fish ball/fish cake - sekiranya suka
Minyak untuk menumis
Daun sup/bawang dan bawang goreng - sampingan
 
Cara penyediaan:
 
  1. Tumis bawang dan cili hingga masak
  2. Masukkan udang kering yang ditumbuk/mesin, isi ayam, fish ball dan fish cake masak seketika
  3. Masukkan semua sos yang dinyatakan di atas
  4. Perasakan dengan gula dan garam
  5. Masukkan beehon yang telah direndam dan disejat
  6. Kacau hingga mesra
 

Pengat Durian @ Serawa Durian


Menu yang senang untuk disediakan. Sesuai dimakan bersama roti atau pulut.

Bahan-bahan:

5-6 ulas durian
3 keping gula Melaka
Sedikit gula jika perlu
1 kotak santan
2-3 Gelas air
Daun pandan
Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sedikit garam dan masak hingga pekat 

Lamb Chop Yang Simple



Hasil rujukan Blog Kak Nor Secubit Garam menghasilkan menu yang sangat sedap. Resepi asal menggunakan Lamb, tapi menu ini disesuaikan mengikut bahan yang ada. Lamb digantikan dengan dengan daging hasilnya sangat memuaskan menepati selera kami sekeluarga.

Bahan-bahan:
 
A. DAGING

5 Kg Daging kambing @ lembu - saya hanya gunakan 2kg daging
5 ulasa bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam - yang baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun
 
Cara Penyediaan: 
  1. Gaul kesemua bahan kecuali daging
  2. Lumurkan bahan perapan pada daging dengan rata
  3. Perapkan dalam peti ais lebih kurang 1~2 jam (lagi lama lagi baik)
  4. Panaskan grill pan dengan api sederhana atau boleg juga guna non stick pan
  5. Letakkan daging dan panggang hingga masak  
B. SOS LADA HITAM
 
Bahan-bahan
 
1 labu bawang besar - dicincang dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
4-5 sudu besar lada hitam - kisar kering
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos cili
 2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
 2 sudu besar susu fresh
 2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam knor
 1 sudu kecil tepung jagung bancuh dengan sedikit air
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menumis - boleh digantikan dengan mentega 

Cara Penyediaan:

1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan susu fresh, garam dan gula

 

Gulai Udang Bersama Taugeh


Masak lemak udang bersama taugeh kepala besar. Memang sangat-sangat sedap memandangkan udang yang digunakan ialah udang fresh dari Labuan.

Bahan-bahan:

lebih kurang 1kg udang
1-2 genggam taugeh kepala besar
1 Kotak santan
Sedikit air -mengikut kepekatan kuah yang disukai
2 ulas bawang merah
sedikit kunyit
3 biji cili padi - bergantung kepada kepedasan yang disukai
1 keeping asam - jika suka

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk lumat bawang, cili dan kunyit
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan air
  3. Masak kuah sehingga mendidih, masukkan asam keeping kemudian masukkan udang
  4. Perasakan dengan garam dan gula
  5. Akhir sekali masukkan taugeh padamkan api - taugeh akan masak memadai dengan kuah yang panas

Sambal Ikan dan Mangga


Sambal ikan memang jarang dijumpai, menu ini hanya terkenal di Kelantan. Sambal ini memang sangat sedap dimakan bersama nasi panas.

Bahan-bahan:

5 Ekor ikan selayang/kembung
2 biji mangga muda - memadai sebiji jika manga besar
3-4 biji cili padi - bergantung kepada kepedasan yang disukai
Garam dan gula
serbuk perasa jika suka

Cara Penyediaan:
  1. Rebus atau bakar ikan
  2. Asingkan isi ikan daripada tulang
  3. Potong kecil mangga
  4. Tumbuk semua bahan, isi ikan bersama cili dan mangga
  5. Masukkan garam dan gula tumbuk hingga semua bahan bercampur mesra

Teresek Jantung Pisang Bersantan


Teresek satu menu yang sangat popular di Pantai Timur. Teresek merupakan campuran sayur dan isi ayam yang dicincang atau memadai hanya menggunakan hati atau pedal ayam sahaja. Sayur yang sesuai untuk masak teresek ialah jantung pisang atau kacang panjang.
 
Bahan-bahan:
 
Isi ayam yang dicincang - sebelah ayam
Sebiji jantung pisang
Cili padi
1 kotak santan
2 Sudu kerisik
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3-4 keeping lengkuas yang dihiris nipi*
1 sudu kecil ketumbar*
1/2 keping gula Melaka
1-2 asam keping
Garam dan gula
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Hiris nipis jantung pisang dan celur serta ramas buang air hingga kering
  2. Tumbuk atau mesin lumat bahan yang bertanda
  3. Tumiskan bahan yang dimesin hingga wangi kemudian masukkan isi ayam yang dicincang, masak hingga kering air ayam
  4. Kemudian masukkan santan, asam keping,dan kerisik
  5. Masukkan cili padi yang ditumbuk
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Masak hingga kering kuahnya
 
 
 
 

Cendol Berkuah


 
Cendol berkuah ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk dan merupakan menu yang selalu disediakan semasa bulan Ramadhan. Campuran cendol, biji sagu serta nangka yang membangkitkan bau yang Wangi memang menyelerakan.
 
Bahan-bahan:
 
2-3 biji air kelapa muda
Isi kelapa muda
1 cawan cendol
1-2 cawan sagu pelbagai warna yang telah siap dimasak
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Air gula - sekiranya masih tidak manis bancuhan yang disediakan
Nangka - yang dipotong kecil
Tembikai - Jika suka, potong dadu kecil
1 sudu kecil esen pisang
 ais
 
Cara Penyediaan:
 
Campurkan semua bahan-bahan dan dimakan bersama dengan ais.
 
 
Campurkan semua bahan dan

Kuih Sagupal

 



Kuih Sagupal senang didapati bila tiba Bulan Ramadhan banyak dijual di Bazar Ramadhan. Untuk sediakan kuih ini adalah tidak susah seakan-akan kuih sagu gula Melaka. Bezanya ia tidak menggunakan gula Melaka.
 
Bahan-bahan untuk sagu:
 
1 cawan sagu
5-6 cawan air atau lebih
 
 
Bahan-bahan untuk kuah
 
1 kotak santan
2 cawan air
Isi nangka - dipotong kecil
setengah sudu halba
1 batang serai - saiz kecil
Garam
2 - 3 Senduk gula - bergantung pada kemanisan yang disukai
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Panaskan air kemudian masukkan sagu kacau sehingga berkilat dan kering kemudian sejukkan di dalam Loyang atau bekas yang sesuai
  2. Untuk kuah, campurkan santan dan air masukkan semua bahan kecuali nangka masak sampai mendidih dan sentiasa kacau untuk dapatkan kuah yang cantik
  3. Masukkan sedikit garam untuk menambah kelemakkan kuah
  4. Potong sagu dan makan bersama kuah yang telah dimasukkan isi nangka yang dipotong
  5. Sedap di makan sejuk. Boleh sejukkan dahulu atau tambah ketulan ais

Ikan Pari Bakar Bercili


Ikan pari bakar cicah air asam memang sedap sangat. Lebih sedap sekiranya ikan pari kecil atau dipanggil ikan tuke. Selain dari bakar ikan tuke memang sedap digulai kuning bersama dengan belimbing buluh@besi atau terung telunjuk.


Bahan untuk sambal:

5-6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit
3-4 sudu cili giling - boleh juga gunakan cili kering lebih kurang 10 biji
Sedikit belacan
4 batang serai
Sedikit daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Mesin lumat semua bahan dan tumis sehingga masak dan pecah minyak
  2. Lumurkan pada ikan dan bakar ikan, sambil itu boleh ditambah sambal semasa ikan di bakar,
  3. Perahkan limau semasa dihidangkan

Laksa Kelantan

 


Laksa Kelantan kuahnya bewarna putih, selalunya kuah putih ini di makan dengan laksam. Namun di negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan kuah putih ini dimakan dengan laksa beras. Laksa ini selalunya dibeli siap di kilang atau pasar dan boleh dimakan terus.

Bahan-bahan untuk kuah:

2 kg ikan sardine @ selayang - Rebus dan asingkan isinya
2 kotak santan - lebih kurang 400ml
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu lada hitam - tumbuk dan tapis ambil air sahaja
2 Keping asam keeping
1 keeping gula Melaka @ nise
2-3 sudu gula - laksa putih selalunya manis sedikit

Cara Penyediaan:

  1. Satu kotak santan campurkan dengan air, jadikan santan cair
  2. Kemudian mesin isi ikan, bawang dan halia bersama dengan santan cair tadi
  3. Campurkan bahan yang dimesin bersama dengan santan pekat boleh tambah air sekiranya pekat sangat dan masak sambil sentiasa dikacau
  4. Kemudian masukkan asam keping, air lada hitam serta nise
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Boleh dihidangkan kuah dengan laksa atau laksam serta ulam-ulaman seperti daun kesum, kacang panjang, timun dan bunga kantan yang dihiris halus serta taugeh sekiranya suka.

Pulut Kuning


 
Pulut kuning selalunya dimasak untuk majlis-majlis tertentu namun kini pulut kuning juga boleh didapati di kedai makan untuk hidangan sarapan pagi yang selalunya dimakan bersama dengan rendang. Hasil rujukan daripada blog azie kitchen dapat disediakan pulut kuning yang sangat sedap ini. Untuk rujukan bergambar boleh rujuk blog Puan Azie.
 
Resepi seperti yang disalin daripada blog Puan Azie.

Bahan-bahan:

 500g beras pulut
1 keping asam keping
1 s/b kunyit serbuk
1 inci kunyit hidup (tumbuh dan tapis air)
1 cawan santan pekat (boleh tambah)
1/2 s/b gula
1 s/k garam
Pewarna (ikut warna disukai)
Sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 -2 jam.
  2. Panaskan pengukus. Tos beras pulut.  Masukkan kedalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
  3. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
  4. Kukuskan lagi sekali sehingga naik wap.  Bila telah naik wap, tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Masukkan gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar.
  5. Bolehlah tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk). Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging atau telur dadar