Wednesday, February 3, 2016

Nasi Kak Wok Cyberjaya


 
Nasi Kak Wok Cyberjaya No 1 - 06, Jalan GC 11, Glomac Cyberjaya. Terdapat juga di restoren ini kuih muih dan nasi berlauk yang diterbangkan khas dari Kelantan.

Makan-Makan Di Jigar Cafe Bangi

 
Makan-makan di Jigar CafĂ© 1-15-1, 7a, Jalan Medan Pusat Bandar 8A 43650 Bandar Baru Bangi. Mee Rebus, Lasagna, Puding roti, Churros, Spaghetti Carbonara, Puding, Chicken Chop jadi pilihan dan semuanya menepati selera kami.

Makan-Makan Di The Gate One Kitchen

 
 
Makan-makan di Gate One Kitchen Persiaran INSPEN, Jalan P14 1, Kampung Dato Abu Bakar Baginda. Air botol pelbagai perisa dan warna menambah selera seisi keluarga.

Tuesday, February 2, 2016

Gulai Ayam Kampung




 
 Gulai ayam kampung. Resepi boleh rujuk DISINI.

Sup Daging Ala Thai


Resepi kegemaran seisi keluarga, rasa sup seakan-akan rasa tomyam. Resepi DISINI. 

Gulai Lemak Ikan Darat



Gulai lemak ikan darat (haruan, keli, puyu atau sepat) bersama daun kadok stail Kelantan.
 
Bahan-bahan:
 
Ikan - dibersihkan dengan air beras untuk hilangkan hanyir
Segenggam daun kadok
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili kering*
Lengkuas -lebih kurang seinci*
Kunyit-lebih kurang 1/2 inci*
1 kotak santan - 200 ml
2 keping asam
Gram dan gula
 
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Mesin semua bahan bertanda
  2. Campurkan bersama santan dan air (sukatan air mengikut kepekatan kuah yang disukai)
  3. Panaskan kuah sehingga mendidih
  4. Masukkan ikan dan daun kadok
  5. Masukkan asam keeping perasakan dengan garam dan gula

Nasi Goreng USA


Buah Peria



Kuih buah peria, resepi boleh didapati di beberapa blog masakan. Resepi yang digunakan hasil rujukan dari blog Azie Kitchen.

Bahan-bahan untuk Inti:

250 gram kacang hijau - Seeloknya direndam terlebih dahulu
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula pasair
sedikit garam
sehelai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Masak kacang hijau yang dicampur air secukupnya.
  2. Apabila kacang hancur masukkan gula Melaka, gula dan daun pandan
  3. Masukkan garam, kacau sehingga kacang menjadi kering dan sejukkan
  4. Bentukkan menjadi lonjong  mengikut size yang disukai untuk dimasukkan dalam doh buah peria


Bahan-bahan untuk doh:

250 gram tepung pulut
200ml santan pekat
sedikit minyak untuk sapu pada doh dan daun pisang
Pewarna merah, ijau atau kuning

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan tepung pulut dan santan sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Bahagikan doh kemudian campurkan pewarna mengikut warna yang disukai
  3. Bentukkan bulat kemudian masukkan inti kacang yang telah dibentuk lonjong dan bentukkan lonjong seperti buah peria.
  4. Lorekkan dengan lidi/garfu menjadi jalur seperti buah peria
  5. Kukus lebih kurang 8 hingga 10 minit sahaja.
  6. Pastikan air dalam pengukus telah mendidih terlebih dahulu. Seeloknya tutup pengukus dibalut dengan kain untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas peria yang dikukus.





Kuih Kasturi