Monday, July 29, 2013

Siakap Asam Pedas. & Kuih butir nangka

Beberapa hari ni anak dara asyik minta untuk masakkan asam pedas je. Kena layan selera orang belajar berpuasa ni. Kali ni masak asam pedas guna rempah asam pedas Maharani, jiran bagi. TQ Makcik Jiran. Memang kami sekeluarga makan bertambah, tambahan pula bila guna ikan siakap. Selalunya kalau masak asam pedas guna ikan tenggiri, pari, kembung tapi selepas beberapa kali kami singgah makan di gerai asam pedas Mak Pon Muar (menjadi persinggahan tetap kalau lalu Muar) saya pilih ikan siakap asam pedas fuhhhh memang sedap.  Pendamping asam pedas ni macam biasa goreng telur dadar, ulam timun sebab terlupa nak goreng sayur yang pada asalnya nak buat kacang panjang masak taucu disebabkan dok asyik gentel kuih 'butir nangka' makan dengan ulam saje la.


Resepi Siakap Asam Pedas Maharani


1 Bungkus rempah asam pedas Maharani
1 Ekor ikan siakap
5 Biji bawang merah
3 Ulas bawang putih
Sedikit daun kesum
Kacang Bendi
Tomato
Bunga Kantan (kalau suka)

Cara Penyediaan:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk
2. Masukkan rempah asam pedas dan masukkan air (mengikut kepekatan yang disukai)
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan biar kuah mendidih
4. Masukkan ikan kemudian kacang bendi dan tomato



Kuih Butir Nangka

Memandangkan stok tepung pulut dan tepung beras masih ada, saya turut sediakan kuih butir nangka. Memang manis dan lemak berkrim, sedap sangat masa berbuka.

Resepi Untuk Biji Nangka

2 cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung gandum
Pewarna (kalau nak guna air daun pandan pon ok)
1/2 Cawan air (agak2 sahaja lupa la pula)

Gaulkan semua hingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan. Bentukkan bulat atau bujur seperti biji nangka. Sebelum tu sediakan air rebusan di atas dapur.  Masukkan biji nangka di dalam air mendidik sehingga ia timbul. Angkat dan rendam di dalam air biasa.

Resepi untuk kuah

1 Kotak santan (saya guna 1.5 kotak)
1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
Sedikit halba (hujung sudu kecil)
2 Cawan air
1 sudu tepung jagung (boleh gantikan dengan tepung beras)

Campurkan semua masak sehingga mendidih.





Berbuka Puasa Di Masjid



 
Alhamdulilah, pada Ahad yang lepas sempat berbuka puasa di Masjid Tengku Mizan a.k.a Masjid Besi Putrajaya. Sebelum tu sempat juga singgah Pasar Ramadhan beli kuih karipap dan martabak.  Ingatkan tak ada yang bawa makan sendiri rupanya bila tengok orang lain siap bawal bakul, mangkuk tingkat fuhh macam picnic la pula.  Memang best sangat berbuka dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Lepas sembahyang maghrib emmm makan tak henggat, best juga menunya ayam masak lemak cili api, tenggiri goreng taucu dan kobis goreng. Gambar tak sempat nak ambil. Insyaallah lain kali boleh pergi lagi.

Pendamping Sup Gear Box


 
 
Gambar pendamping sahaja...gamba Sup takdak..lapa...tak sempat ambil gamba :)

Sunday, July 28, 2013

Spaghetti Bolognese




Memandangkan anak-anak suka makan spaghetti masa berbuka di Bayou Coffee House untuk hari berikutnya masak spaghetti lagi. Selalunya buat sos sendiri mengikut resepi yang diberikan oleh arwah kawan  (Al-Fatihah untuk arwah Erra). Resepi spaghettinya memang sedap dan ada beza dengan yang selalu saya makan kat kedai. Tapi kali ni saja masak ikut resepi pakcik google dan diubah suai mengikut bahan yang ada.
 
Bahan-bahan
 
1 Paket Spaghetti
1 Botol Sos Spaghetti Prego (saya guna yang bawang putih & Basil)
400 gm Daging Cincang
5 Ulas Bawang Putih
1 Labu besar bawang besar kuning
1 Tin Cendawan Butang
Daun Basil Kering (boleh ganti dengan daun ketumbar)
1/2 Cawan susu segar (boleh ganti dengan susu cair)
Minyak Zaiton (boleh guna minyak biasa )
1 Cawan sos tomato (boleh gantikan dengan tomato puri)
1 Kiub ayam (kalau tak masukkan pon tak apa)
 
Cara Penyediaan Sos
 
1. Bawang putih dan bawang besar dicincang dan ditumis sampai naik bau.
2. Masukkan daging masak sampai daging dah hancur dan masak
3. Masukkan sos prego dan sos tomato, tambah air mengikut kepekatan yang dihendaki
4. Masukkan susu cair, cendawan butang dan daun basil.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
 
Spaghetti
 
1. Celur Spaghetti di dalam air yang dicampur dengan 3 sudu minyak masak
2. Masak sampai lembut, angkat dan lalukan di bawah air -Siram je
3. Kalau nak nampak spaghetti berkilat dan wangi boleh gaulkan dengan sedikit planta.

 
 

Bayou Coffee House


 
Berbuka puasa di Bayou Coffee House Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya.  Bermacam-macam juadah ada.  Selalunya pada tahun-tahun lepas kami sefamily suka ke Kelab Tasik Putrajaya dekat dengan rumah.  Tapi tahun ni, ubah angin sebab kat Kelab Tasik Putrajaya harga dah melambung-lambung naik.  Kebetulan kami pernah makan jamuan hi-tea di Bayoe boleh tahan sedap masakan dan kuih muihnya, masa hi-tea saya makan laksa johor, nasi arab, popia, bubur pulut hitam dan lain-lain semua sedap.
 
Masa berbuka puasa ni, punyala banyak makanan, saya hanya makan spaghetti boleh tahan sedap.  Lain-lain masakan yang sempat dimakan dalam kuantiti yg sikit (mana  larat makan semua mau pengsan wooo) nasi beriani, gulai siput sedut, lala goreng cili, ikan bakar. Kuih muih macam-macam aa...paling best rojak buah.

Sambal Ikan



Sambal Ikan Rebus

Fuh...memang teliur habis tengok gambar ni, sambil-sambil taip entry ni macam ayaq liur nak melelh la pula.  Sambal ikan rebus bersama mangga muda atau buah kundang. Kali ni saya gunakan buah kundang muda, selalunya saya guna mangga muda. Kebetulan ada buah kundang apalagi terus saya buat sambal ikan ni dibantu oleh adik dan kakak yang turut berbuka kat rumah.  Sambal ni dari minggu lepas lagi cuma tak berkesempatan dan update kat sini.  Maybe orang Kelantan je yang tahu makan sambal ni.  Sambal ni memang cukup sedap dimakan dengan nasi kalau masak sayur putih. saya selalu masak sayur terung campur kacang, karot, petola dan jagung muda. Kemudian makan dengan sambal ni. Pehhhhhhhhhhhhh bertambah-tambah nasi.

Bahan-bahan

Ikan kembung direbus atau dibakar.
Cili Padi
Mangga muda/kundang muda
Garam
Gula
Serbuk perasa kalau suka

Cara penyediaan

1. Ambil isi ikan
2. Tumbuk bersama mangga muda/kundang yang telag dibuang kulit
3. Masukkan cili padi tumbuk sehingga semua hancur.
4. Masukkan garam dan gula


Sunday, July 21, 2013

Nasi Kerabu


 Berbuka Puasa dengan nasi kerabu...

 
Resepi Nasi Kerabu
 

Sambal Kelapa
Sebiji Kelapa
7@ 8 ekor ikan sardin (selayang)
3 batang serai
6 biji bawang merah
Sekeping gula merah (Nise-Kelantan)/ Boleh digantikan dengan gula-2 sb gula
1 sk lada hitam
1 inci halia
Garam
 
Cara Penyediaan:
1. Goreng kelapa sampi garing. Hancurkan guna mesin atau lesung batu (jgn sampai pecah minyak)
2. Rebus atau bakar ikan kemudian ambil isi (tumbuk ikan)
3. Mesin atau tumbuk bawang merah, serai, halia dan gula melaka atau gula
4. Gaulkan kesemuanya dengan kelapa, perasakan dengan garam
 
Kuah Tumis
 
1. 1 kotak santan segera
2. 4 biji bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 2 sudu besar cili giling
6. 1 batang serai
 
Cara penyediaan
 
1. Mesin semua bahan, kemudian tumis dengan minyak yang sedikit.
2. Bila dah pecah minyak masukkan santan dan serai.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
 
Nasi
 
1. Masak nasi macam biasa, boleh guna pewarna biru atau kuning
2. Masukkan daun pandan dan daun limau purut sekiranay suka.
 
Sambal Lada
 
1. Mesin cili padi yang dicampur dengan air masak dan sedikit cuka.
2. Perasakan dengan gula dan garam.
 
Budu
 
Boleh dibeli dikedai :)
 
Ulam-ulaman
 
Taugeh, kacang panjang, timun, kobis, daun kesum, bunga kantan (ikut selera masing-masing).

 

Friday, July 19, 2013

Siakap Tiga Rasa




Menu berbuka kami pada hari ni, tomyam, siakap 3 rasa dan baby kailan goreng sos tiram.  Siakap 3 rasa ni saya tukar nama jadi siakap 'berasa-rasa' sebab macam-macam benda saya letak.  Kalau tak suka ikan siakap boleh juga guna ikan lain seperti jenahak, kerapu dan kembung. Lain-lain ikan saya tak pernah cuba.


Resepi Siakap 3 Rasa Secubit Rasa Manis

1 ekor ikan siakap
1 sb cili giling
3 sb sos tomato
2 sb sos cili
2sb sos tiram
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sb sos ikan
Daun ketumbar
Dauan limau purut
1 batang serai
Nenes
Cili Benggala

Cara Penyediaan

1. Ikan dilumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng garing
2. Patong dadu bawang besar dan bawang putih (cincang) kemudian tumiskan sampai naik bau
3. Masukkan cili giling, tambah sedikit air masak seketika
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan sos ikan
4. Masukkan daun limau purut dan serai (dicincang)
5. Masukkan tomato, cili benggala dan daun ketumbar
6. Perasakan dengan gula dan garam

Siram kuah tiga rasa ke atas ikan yang telah digoreng.

Buah Melaka Lagi


 
Alhamdulillah dah masuk hari kesepuluh berpuasa. Hari ni waktu rehat panjang sempat pergi pasar dan balik rumah.  Sementara tunggu nak masuk office sempat buat buah melaka untuk diberikan kepada jiran. Segan nak pulangkan pinggan kosong so orang memberi kita merasa, kita memberi jiran merasa. Buah melaka ni walaupun mudah untuk dibuat kalau bukan bulan puasa saya tak buatnya.  Buah melaka kali ni besar-besar sikit kejar masa sebab nak masuk office semula. 

Thursday, July 18, 2013

Daging Goreng Versi Kelantan




 
Daging Goreng Versi Kelantan
 
Setengah kg daging
Kacang Panjang/Kacang Buncis
1 Labu bawang besar kuning (ganti dengan 7,8 biji bwg merah pon ok)
4 Ulas bawang putih
2 Biji cili merah/cili hijau
5sb minyak masak
Garam
 
Cara Penyediaan
 
1. Potong kecil daging, basuh dan sejatkan
2. Masukkan daging di dalam kuali dan goreng tanpa minyak dengan api yang kecil
3. Bila daging dah empuk, masukkan minyak (sentiasa kacau daging supaya tidak hangit)
4. Apabila daging dah masak, masukkan bawang, garam dan serbuk perasa jika suka
5. Masukkan kacang buncis goreng sampai kacang layu
6. Masukkan cili
 

Nasi Goreng Kampung


 
Nasi goreng kampung yang sangat sedap dan kena dengan selera seisi keluarga. Resepi ni saya peroleh dar blog Kak Nor Secubit Garam. Emmm memang sedap dan sesuai sangat untuk dimakan panas-panas semasa bersahur.
 
NASI GORENG KAMPUNG
 
Resepi asal oleh : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan


Nasi hasil daripada 3 cawan beras ( Mengikut resepi Kak Nor)
Kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak

Cara Penyediaan:

  1. Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
  3. Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
  5. Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
  6. Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
  7. Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
  8. Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
  9. Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.

 

Kari Ikan Nyok Nyok

 
Alhamdulillah dah masuk hari kesembilan puasa.  Hari ni pagi-pagi en. suami call minta masakkan kari ikan nyok-nyok. Kebetulan malam tadi dah beli macam-macam stok ikan dan ayam kat pasar borong. Terpaksa ketepikan selera anak bujang yang nak makan sardin. Banyak-banyak menu sardin juga yang dia suka, senang hidup.  Kari ikan versi sendiri.
 
Kari Ikan Nyok Nyok
 
1 ekor ikan nyok nyok (potong)
Sekotak santan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci halia
3 sb serbuk kari ikan
Minyak untuk menumis
Daun Kari
Garam dan gula
Terung atau bendi
Cili merah (jika suka)
air asam jawa atau asam keping

Cara penyediaan

1. Tumbuk halus bawang dan halia.  Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari ikan yang dah dibancuh dengan air. Tumias sampai naik bau dan masak.
3. Masukkan santan bersama air, mengikut kepekatan yang dikehendaki
4. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan, terung atau bendi dan daun kari.
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Masukkan cili merah, masak seketika.

Selemat mencuba.

 
 
 

Ayam Goreng Rempah

Waktu rehat tengahari sempat balik rumah perab ayam kejap. Balik kerja terus masuk dapur, dah boleh goreng sambil masak ikan singgang.  Resepi ayam goreng rempah versi saya sendiri mengikut bahan-bahan yang sedia ada di rumah. sedap dan rangup.


Ayam Goreng Rempah

Bahan-Bahan

10 Ketul ayam
Seinci kunyit*
Seinci halia*
Seinci lengkuas*
1 sd ketumbar*
1 st jintan manis*
1 st jintan putih*
5 ulas bawang putih*
Dua batang serai*
3 tangkai daun kari
Garam

Cara penyediaan

1. Mesin semua bahan-bahan (*)
2. Gaulkan untuk diperap bahan-bahan mesin dengan ayam yang dibasuh bersih
3. Masukkan garam, perap 1 hingga 2 jam (lagi lama lagi best)
4. Semasa menggoreng masukkan daun kari.

Wednesday, July 17, 2013

Ikan Kembung Masak Singgang

 
En.suami cadang untuk masak ikan singgang dan minta juga disediakan ulam-ulaman serta taaadaaaaa...'budu'.  Sempat masak ikan singgang, ayam rempah dan buncis goreng daging.
 
Ikan Singgang
 
2 ekor ikan kembung (ikan tongkol, tenggiri, parang pon sedap)
Lengkuas sebesar lengan baby (heheh)
5 biji bawang merah
4 biji bawang Putih
2 keping asam keping
garam dan gula
Cili padi atau cili besar
Kacang bendi dan terung (jika suka)
 
Cara Penyediaan
 
1. Potong semua bawang, lengkuas dan masukkan dalam periuk bersama air
2. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan ikan3
3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, asam keping, cili, kacang bendi dan terung.
4. Perasakan dengan garam dan gula, jika suka boleh masukkan perasa
 
 
 

Kerabu Mangga

Alhamdulillah sempat masak Gulai Ayam dan Kerabu Mangga. Dibantu oleh adinda, so dapat berbuka dengan kerabu mangga yang sedap. Sambil-sambil tu google juga resepi kerabu mangga. Macam-macam resepi ada, so kami sediakan kerabu mangga mengikut stok bahan yang ada. 
 



Kerabu Mangga

2 Biji Mangga (Mangga Lemak Lagi Sedap)
5 Sb Udang Kering (Nak lebih pon ok)
Segenggam Bilis
5 Biji bawang merah
1 Biji Tomato
1 Kuntum bunga kantan
2 Batang serai
Daun ketumbar
5 Biji cili padi
3 Sb Sos Ikan
Sedikit air limau kasturi/limau nipis
Garam & gula
Kacang Tanah (Tumbuk)- Saya tak letak sbb tak suka kacang

Cara Penyediaan

1. Parut mangga atau racik halus2
2. Goreng sampai garing bilis dan sejukkan
3. Rendam udang kering, kemudian tumbuk lumat
4. Bungan Kantan, Serai, Cili Padi dan Bawang diracik halus
5. Tomato dipotong kecil-kecil
6. Gaulkan kesemua bahan di atas bersama dengan mangga yang telah diparut
7. Masukkan garam, gula, sos ikan dan daun ketumbar
8. Taburkan kacang tumbuk sekiranya suka

Saturday, July 13, 2013

Hidangan Berbuka

Hari ketiga berpuasa. Alhamdulillah. Masa kat office dah terfikir nak masak asam pedas, kangkung belacan dan telur dadar. Kebetulan stok ikan masih banyak ada ikan caru, pari dan kembung. Bila balik rumah tak jadi buat telur dadar, gantikan dengan ikan pekasam goreng letak bawang dan cili.
 
 
 
Asam Pedas
 
Bahan-Bahan
 
1 ekor ikan pari bersaiz kecil- juga dipanggil 'ikan tuker' (potong kecil2)
7 ulas bawang merah @ satu labu bawang besar kuning (saya suka guna bwg besar)*
3 ulas bawang putih*
Lengkuas - sebesar ibu jari kaki*
Kunyit- sebesar ibu jari tangan*
Halia-sebesar ibu jari tangan*
Seikat kecil daun kesum
Cili Giling-4 sudu besar @ 15 tangkai cili kering*
2 batang serai
Minyak untuk menumis
2 keping asama keping
Garam dan gula secukup rasa
Kacang bendi (jika suka)
 
Cara-cara
 
Semua bahan yang bertanda '*' dimesin halus. Tumis bahan yang dimesin sampai naik bau dan cili betul-betul masak. Boleh ulang-ulang tambah air untuk pastikan cili masak sempurna. Kemudian masukkan ikan dan tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masukkan daun kesum, serai, asam keping, gula dan garam. Sekiranya suka boleh masukkan serbuk perasa dan akhir sekali masukkan kacang bendi.
 
Kangkung Goreng Belacan
 
1 Ikat kangkung*
4 ulas bawang putih*
5 biji cili padi merah @ hijau*
Ikan bilis (2 sudu besar)*
Seinci belacan*
Minyak untuk menggoreng (2 sudu besar)
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara-cara
 
Tumbuk semua bahan yang bertanda '*' dan tumis sehingga naik bau.  Kemudian masukkan sayur kangkung yang telah dipotong. Perasakan dengan garam dan gula.
 
Sira Pisang
 
Untuk manisan saya buat sira pisang, memang manis. Orang Kelantan suka sangat sira pisang ni.
 
8 Biji Pisang - Dibelah dua
2 Senduk gula
Sedikit air
Sehelai daun pandan
Bunga cengkih (4 kuntum)
Pewarna kuning (sekiranya suka)
Esen pisang (sekiranya suka)
 
Cara-cara
 
 
Masakkan air gula sampai mendidih dan masukkan pewarna kuning, bunga cengkih dan daun pandan.  Kemudian masukkan pisang. Masak seketika.
 
 

Friday, July 12, 2013

Tepung Pelita

Kenangan masa dulu-dulu, tepung pelita dibuat di dalam acuan bulat (macam loyang kecik). Masa kita beli orang yang jual tu akan masukkan dalam plastik, sebelum tu dia akan gunakan hujung sudu untuk lekangkan kuih dari acuan, kat belah  bawah masih terdapat gula pasir. Waktu kerja habis pukul 5:30,  berkejar balik nak buat tepung pelita. Sambil masak rendang untuk berbuka terus sediakan bahan-bahan, untuk buat tepung pelita.  Resepi tepung pelita ni diambil dari blog mas-dapurmas.

Resepi diperoleh dari:
http://mas-dapurmas.blogspot.com/2012/07/kuih-tepung-pelita.html

Kuih Tepung Pelita
Resepi: Kak Yani@myresepi.com
Sumber: izahdaut

Bahan-bahan (12 cups-bergantung pada saiz bekas)
 
Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur - jgn letak banyak, nnti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
sedikit garam
 
Cara :
  1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam.
  2. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya). 
  4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai.
  5. Kalau daun pisang lagi sedap. Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya).
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan.











Thursday, July 11, 2013

Buah Melaka

 


Buah Melaka a.k.a Onde-onde

By: My Resepi@ Ibufarzana
 
Bahan-bahan (+- 20 biji)

1 Cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dgn air)
1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
1/3 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)
 
Gaulkan tepung pulut, tepung gandum bersama air daun pandan dan air pewarna hijau sehingga mesra dan tidak melekat di jari.
 
Sediakan air rebusan untuk proses memasak buah melaka (air rebusan di atas dapur). Sediakan buah melaka, bulatkan dan masukkan gula melaka yang dipotong serta ratakan sehingga bulat.
 
Masukkan dalam periuk, masak sehingga buah melaka timbul. Angkat dan masukkan di dalam bekas yang sudah disediakan kelapa yang telah digaul garam.
 
Selamat Mencuba...dan Selamat Berpuasa....
 


Wednesday, July 10, 2013