Saturday, July 13, 2013

Hidangan Berbuka

Hari ketiga berpuasa. Alhamdulillah. Masa kat office dah terfikir nak masak asam pedas, kangkung belacan dan telur dadar. Kebetulan stok ikan masih banyak ada ikan caru, pari dan kembung. Bila balik rumah tak jadi buat telur dadar, gantikan dengan ikan pekasam goreng letak bawang dan cili.
 
 
 
Asam Pedas
 
Bahan-Bahan
 
1 ekor ikan pari bersaiz kecil- juga dipanggil 'ikan tuker' (potong kecil2)
7 ulas bawang merah @ satu labu bawang besar kuning (saya suka guna bwg besar)*
3 ulas bawang putih*
Lengkuas - sebesar ibu jari kaki*
Kunyit- sebesar ibu jari tangan*
Halia-sebesar ibu jari tangan*
Seikat kecil daun kesum
Cili Giling-4 sudu besar @ 15 tangkai cili kering*
2 batang serai
Minyak untuk menumis
2 keping asama keping
Garam dan gula secukup rasa
Kacang bendi (jika suka)
 
Cara-cara
 
Semua bahan yang bertanda '*' dimesin halus. Tumis bahan yang dimesin sampai naik bau dan cili betul-betul masak. Boleh ulang-ulang tambah air untuk pastikan cili masak sempurna. Kemudian masukkan ikan dan tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masukkan daun kesum, serai, asam keping, gula dan garam. Sekiranya suka boleh masukkan serbuk perasa dan akhir sekali masukkan kacang bendi.
 
Kangkung Goreng Belacan
 
1 Ikat kangkung*
4 ulas bawang putih*
5 biji cili padi merah @ hijau*
Ikan bilis (2 sudu besar)*
Seinci belacan*
Minyak untuk menggoreng (2 sudu besar)
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara-cara
 
Tumbuk semua bahan yang bertanda '*' dan tumis sehingga naik bau.  Kemudian masukkan sayur kangkung yang telah dipotong. Perasakan dengan garam dan gula.
 
Sira Pisang
 
Untuk manisan saya buat sira pisang, memang manis. Orang Kelantan suka sangat sira pisang ni.
 
8 Biji Pisang - Dibelah dua
2 Senduk gula
Sedikit air
Sehelai daun pandan
Bunga cengkih (4 kuntum)
Pewarna kuning (sekiranya suka)
Esen pisang (sekiranya suka)
 
Cara-cara
 
 
Masakkan air gula sampai mendidih dan masukkan pewarna kuning, bunga cengkih dan daun pandan.  Kemudian masukkan pisang. Masak seketika.
 
 

No comments:

Post a Comment