Waktu rehat tengahari sempat balik rumah perab ayam kejap. Balik kerja terus masuk dapur, dah boleh goreng sambil masak ikan singgang. Resepi ayam goreng rempah versi saya sendiri mengikut bahan-bahan yang sedia ada di rumah. sedap dan rangup.
Ayam Goreng Rempah
Bahan-Bahan
10 Ketul ayam
Seinci kunyit*
Seinci halia*
Seinci lengkuas*
1 sd ketumbar*
1 st jintan manis*
1 st jintan putih*
5 ulas bawang putih*
Dua batang serai*
3 tangkai daun kari
Garam
Cara penyediaan
1. Mesin semua bahan-bahan (*)
2. Gaulkan untuk diperap bahan-bahan mesin dengan ayam yang dibasuh bersih
3. Masukkan garam, perap 1 hingga 2 jam (lagi lama lagi best)
4. Semasa menggoreng masukkan daun kari.
No comments:
Post a Comment