Nasi goreng kampung yang sangat sedap dan kena dengan selera seisi keluarga. Resepi ni saya peroleh dar blog Kak Nor Secubit Garam. Emmm memang sedap dan sesuai sangat untuk dimakan panas-panas semasa bersahur.
NASI GORENG KAMPUNG
Nasi hasil daripada 3 cawan beras ( Mengikut resepi Kak Nor)
Kangkung secukupnya ~
dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak
Cara Penyediaan:
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak
Cara Penyediaan:
- Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
- Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
- Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
- Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
- Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
- Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
- Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
- Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
- Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.
Salam Kak Nor, sedapnya.. saya memang tak berapa rajin nak masak lauk pauk berbuka, mungkin ini akan jadi menu berbuka saya!! Terima kasih!
ReplyDeleteSilakan silakan saya juga dapatkan resepi ni dari blog kak nor secubit garam.
ReplyDelete