Alhamdulillah sempat masak Gulai Ayam dan Kerabu Mangga. Dibantu oleh adinda, so dapat berbuka dengan kerabu mangga yang sedap. Sambil-sambil tu google juga resepi kerabu mangga. Macam-macam resepi ada, so kami sediakan kerabu mangga mengikut stok bahan yang ada.
Kerabu Mangga
2 Biji Mangga (Mangga Lemak Lagi Sedap)
5 Sb Udang Kering (Nak lebih pon ok)
Segenggam Bilis
5 Biji bawang merah
1 Biji Tomato
1 Kuntum bunga kantan
2 Batang serai
Daun ketumbar
5 Biji cili padi
3 Sb Sos Ikan
Sedikit air limau kasturi/limau nipis
Garam & gula
Kacang Tanah (Tumbuk)- Saya tak letak sbb tak suka kacang
Cara Penyediaan
1. Parut mangga atau racik halus2
2. Goreng sampai garing bilis dan sejukkan
3. Rendam udang kering, kemudian tumbuk lumat
4. Bungan Kantan, Serai, Cili Padi dan Bawang diracik halus
5. Tomato dipotong kecil-kecil
6. Gaulkan kesemua bahan di atas bersama dengan mangga yang telah diparut
7. Masukkan garam, gula, sos ikan dan daun ketumbar
8. Taburkan kacang tumbuk sekiranya suka
No comments:
Post a Comment