Tuesday, February 2, 2016

Buah Peria



Kuih buah peria, resepi boleh didapati di beberapa blog masakan. Resepi yang digunakan hasil rujukan dari blog Azie Kitchen.

Bahan-bahan untuk Inti:

250 gram kacang hijau - Seeloknya direndam terlebih dahulu
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula pasair
sedikit garam
sehelai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Masak kacang hijau yang dicampur air secukupnya.
  2. Apabila kacang hancur masukkan gula Melaka, gula dan daun pandan
  3. Masukkan garam, kacau sehingga kacang menjadi kering dan sejukkan
  4. Bentukkan menjadi lonjong  mengikut size yang disukai untuk dimasukkan dalam doh buah peria


Bahan-bahan untuk doh:

250 gram tepung pulut
200ml santan pekat
sedikit minyak untuk sapu pada doh dan daun pisang
Pewarna merah, ijau atau kuning

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan tepung pulut dan santan sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Bahagikan doh kemudian campurkan pewarna mengikut warna yang disukai
  3. Bentukkan bulat kemudian masukkan inti kacang yang telah dibentuk lonjong dan bentukkan lonjong seperti buah peria.
  4. Lorekkan dengan lidi/garfu menjadi jalur seperti buah peria
  5. Kukus lebih kurang 8 hingga 10 minit sahaja.
  6. Pastikan air dalam pengukus telah mendidih terlebih dahulu. Seeloknya tutup pengukus dibalut dengan kain untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas peria yang dikukus.





No comments:

Post a Comment