Monday, January 5, 2015

Siakap Asam Pedas



Asam pedas ikan siakap memang sedap. Walau bagaimanapun ikan siakap isinya sangat lembut dan apabila memasak asam pedas pastikan kuah dimasak hingga masak baru masukkan ikan.

Bahan-bahan:

Ikan siakap  - di bersihkan dan dipotong kecil
5 sudu besar cili giling
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Halia - Sebesar ibu jari *
Lengkuas - Sebesar ibu jari *
Kunyit - sebesar ibu jari *
Minyak untuk menumis
Daun kesum
Bungan kantan
2 keping asam
2 batang serai - bersaiz kecil
Bendi - Sekiranya suka

Cara Penyediaan:

  1. Mesin bahan yang bertanda * hingga lumat
  2. Tumis sehingga Wangi dan masukkan cili giling tumis lagi sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak
  3. Tambah air mengikut kepekatan yang disukai
  4. Masukkan Bungan kantan, serai dan asam keping
  5. Masak kuah sehingga masak, kemudian masukkan ikan dan bendi
  6. Perasakan dengan garam dan gula.


No comments:

Post a Comment