Sunday, January 4, 2015

Sup Siam



Sup tulang dimasak stail siam, memang menyelarakan. Banyak resepi yang boleh dijadikan rujukan walau bagaimanapun saya sesuaikan mengikut bahan-bahan yang ada dalam simpanan.
 
Bahan-bahan:
 
1 kg tulang lembu
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
cili padi
Halia
Bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga
Sadri - Jika suka
Tomato - Jika suka
Sos ikan
Sup bunjut
Jus limau
Daun sup dan daun bawang
 
Cara penyediaan:
 
  1. Rebus tulang sehingga daging empuk
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang nipis dan tumis bersama rempah sup dan bahan bertanda *
  3. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk
  4. Masukkan sup ikan
  5. Masukkan batang sadri, carot serta jus limau
  6. Peraskan dengan garan dan gula, sedikit serbuk perasa kalau suka
  7. Masukkan cili padi yang diketuk
  8. Hidangkan bersama daun sup dan daun bawang serta bawang goreng

No comments:

Post a Comment