Selain dari kuih Buah Melaka atau onde-onde, kuih Puteri Mandi juga merupakan kuih yang sering disediakan semasa bulan Ramadhan. Untuk menyediakannya sama seakan-akan Buah Melaka cuma bezanya ia digaulkan dengan kelapa yang disira bersama gula.
Bahan-bahan:
1 Cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dgn air)
Bahan-bahan:
1 Cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dgn air)
1/3 cawan air
1 cawan kelapa parut digaul
1 cawan kelapa parut digaul
1/2 cawan gula
Daun pandan
Pewarna yang disukai
Secubit garam
Cara Penyediaan:
- Untuk sediakan kuih dalam kuantiti yang banyak perlu digandakan sukatan yang diberi di atas
- Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dan air - titis pewarna di dalam air untuk dapatkan warna yang digemari
- Sediakan air rebusan untuk proses memasak kuih (air rebusan di atas dapur). Sediakan kuih puteri, bulatkan kecil-kecil kemudian tekan supaya bulatan menjadi lekuk di tengah
- Masukkan dalam periuk, masak sehingga kuih timbul. Angkat dan rendam di dalam air sejuk sementara menyediakan kelapa.
- campurkan kelapa dengan gula dan sedikit air jika perlu, panaskan di atas api yang perlahan sekiranya suka masukkan setengah sudu keci esen pisang
- Sekiranya tidak menggunakan esen pisiang boleh digantikan dengan daun pandan sekadar untuk mewangikan kelapa
- Sejat kuih puteri dan gaulkan dengan kelapa yang telah disira gula.
No comments:
Post a Comment