Banyak resepi untuk menyediakan apam tepung beras. Saya turut sediakan apam tepung beras dengan merujuk blog zanavilla.
Apam tepung beras
(sumber : Kak Watie)
Bahan-bahan:
- 1 cawan nasi
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan gula putih
- 1 1/4 cawan air
- 1 sudu kecil yis
- sepeket kecil eno
- Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati.
- Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
- Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
- Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.
No comments:
Post a Comment