Ayam Pandan menu masakan yang sering dipesan apabila ke kedai makan masakan Thai. Sesekali dicuba masak sendiri Alhamdulillah menjadi hasil rujukan daripada blog-blog masakan. Walau bagaimanapun resepi yang dirujuk diubahsuai mengikut bahan-bahan yang ada. Resepi seperti yang dirujuk dari MyResepi sumbangan daripada Che Iza@MyResepi.
Bahan-bahan (untuk 3-4 org )
1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
daun pandan
Cara Penyediaan:
- Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
- Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
- Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
- Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
- Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
- Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
- Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.
No comments:
Post a Comment