Kuih yang senang untuk disediakan dan sesuai untuk orang yang berpantang kerana bahan-bahannya hanya menggunakan tepung beras. Resepi seperti yang dirujuk daripada blog Makcik Manggis.
Bahan-bahan:
Bahan A:
Gula pasir - 220 gm
Air - 500 ml
Daun pandan - 2 helai
Bahan B:
Tepung beras - 280gm
Tepung ubi - 60gm
Satu sudu besar air kapur
Bahan C:
Kelapa parut - setengah biji gaulkan dengan garam dan kukus sebentar
Cara Penyediaan:
- Masak bahan A hingga larut dan sejukkan
- Bancuh bahan B hingga sebati
- Tuangkan bahan A kedalam bahan B dan tapis
- Bahagikan adunan kepada beberapa pilihan warna yang digemari
- Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus hingga masak
- Tunggu kuih sejuk baru keluarkan dari acuan
- Hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus.
No comments:
Post a Comment