Sunday, January 4, 2015

Talapia Goreng Sos Daun Limau Purut


Salah satu blog masakkan yang menjadi rujukan saya ialah blog Kak Nor Secubit Garam. Hasil rujukan dari blog beliau saya mencuba resepi ikan talapia goreng dengan sos daun limau purut memang sedap.

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 ekor ikan talapia ~ boleh guna ikan bawal, tenggiri, siakap, kerapu
1/4 cawan tepung serbaguna ~ jika tiada boleh gantikan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Cara:

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung (kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

No comments:

Post a Comment