Tuesday, August 20, 2013

Kuih Badak - Kelantan



Kuih badak ni sekali tengok macam kuih keria, tapi kuih badak ni tak guna keledek. Kuih ni hanya boleh dapat di Kelantan je. Saya tak tahu kenapa dipanggil kuih badak sedangkan bentuknya macam donut.  Memandangkan susah nak jumpa kuih ni, saya tanya pakcik Google dan saya buat sendiri. Alhamdulillah rasa macam yang saya beli kat Kampung....

Bahan-bahan

Secawan kelapa muda (parut)
Secawan tepung pulut
1/3 cawan tepung gandum
Sedikit air
Sedikit garam
Dua senduk kecil gula
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

1. Campurkan kelapa, tepung pulut, tepung gandum, garam dan sedikit air.
2. Uli sampai menjadi doh dan tidak melekat ditangan
3. Bentukkan seperti donut dan goreng sampai perang

Cara Penyediaan Air Gula (Sira)

1. Panaskan gula dengan sedikit air dan masukkan daun pandan
2. Kacau sampai air gula menjadi pekat
3. Masukkan kuih badak yang telah digoreng di dalam air gula

Selamat mencuba.


12 comments:

  1. lma xmerasa kuih ni, sejak arwah mak dh xde bthun lma ny, smlm mmpi mak dk uli kuih utk niaga cm biasa..eiii rndu, tp xtau resepi (nyesal yg amat, xbljar dlu) now nk google pn xtau nk taip ape nma kuih, lastly jmpe. try bt hri ni..hrap rsa sma utk mgubt rndu

    ReplyDelete
  2. Selamat mencuba, semoga dapat terubat rindu kepada Arwah.

    ReplyDelete
  3. T kasih..dh lama teringin nk mkn..kat kelantan pn jarang jumpa

    ReplyDelete
  4. T kasih..dh lama teringin nk mkn..kat kelantan pn jarang jumpa

    ReplyDelete
  5. Kalau masukkan pisang dan bentukkan mcm che mek lg sodap

    ReplyDelete
  6. Kalau masukkan pisang dan bentukkan mcm che mek lg sodap

    ReplyDelete
  7. Resepi nie agak² utk brape org mkn.... Cket je kn?? Klau nk bnyk kna tmbhkn lg la yer bhan² tu..
    Bley try buat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi ni dapat dalam 6~7 biji kuih je... kalau nak banyak boleh gandakan sukatan bahan2....

      Delete
  8. Waaaa.....lama tak makan kueh ni.....teringat mak kat kampung..........
    mak slalu buat ni.........

    ReplyDelete
  9. Sis lepas dh masukkan yg goreng tu biarkan je dlm tu or lepas celup tu keluarkan?

    ReplyDelete