Thursday, November 20, 2014

Ikan Singgang

 
 
Menu yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat mudah untuk disediakan. Cara penyediaan boleh rujuk ikan kembung singgang.

Wednesday, November 19, 2014

Telur Dadar Cendawan Kukur @ Kulat Sisir

 
 
 
Telur dadar digoreng dengan cendawan kukur atau di Pantai Timur lebih dikenali dengan kulat sisir. Memang susah nak jumpa cendawan ni sekarang dan harganya memang boleh tahan. Menu ni memang sedap dimakan dengan nasi panas dan tidak perlu lauk lain sudah memadai telur dadar ini sahaja.
 
 
Bahan-bahan:-
 
Segenggam cendawan
3 biji telur
Bawang merah 2~3 ulas
1 biji cili merah/cili padi
Garam
Minyak untuk menggoreng
 
Cara penyediaan:-
 
1. Cendawan direndam dan basuh bersih serta ramas untuk sejatkan airnya
2. Potong bawang dan cili
3. Gaulkan semua bahan di atas dengan telur yang telah dipukul perlahan
4. Masukkan garam dan goreng macam biasa.
 



Monday, November 17, 2014

Beehon Sup Ayam

 
Menu ini agak simple mudah dan cepat untuk disediakan tapi jika dimakan dengan cili jeruk dan sambal kicap memang bertambah tambah sedapnya.
 
Bahan-bahan:-
 
4~5 ulas bawang putih
2~3 ulas bawang merah
Isi ayam
Serbuk lada putih/lada hitam
Air secukupnya
1 Kiub ayam
Sayur - Kubis/Sawi/Karot
Daun sup dan daun bawang
Beehon yang dicelur
 
Cara penyediaan:-
 
1. Tumis bawang merah dan bawang putih seketika
2. Masukkan isi ayam yang dipotong biarkan sehingga air ayam kering dan ayam masak
3. Masukkan air secukupnya, masak sehingga mendidih
4. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam/putih
5. Perasakan dengan garam dan gula
 
 
 


Burger Malaysia


Kuih ni memang sedap dimakan bersama dengan air teh atau kopi panas. Sekiranya ada sambal bilis lebihan nasi lemak boleh terus sediakan kuih ni. Resepi yang dikongsi kat sini ialah untuk 1kg gandum. Sekiranya ingin sediakan dalam kuantiti yang sedikit, boleh kurangkan bahan-bahan lain mengikut sukatan gandum yang digunakan.
 
Bahan-bahan:
 
Gandum - 1kg
2 paket mauripan
3 sudu mentega
Sedikit gula dan garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Timun dan daun salad
 
Cara penyediaan:
 
1. Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh
2. Bulatkan doh dan goreng sehingga perang
3. Potong di bahagian tengah roti, jangan sampai putus
4. Boleh masukkan sambal bilis, timun dan salad.
 

Sunday, November 16, 2014

Bubur Nasi Chinese Style


Bubur nasi chinese style memang sedap, seakan-akan bubur nasi MacDonald's. Sesuai dimasak untuk anak-anak apatah lagi semasa mereka demam untuk menarik selera.

Bahan-bahan:

Setengah cawan beras dicuci bersih dan ditoskan
Dada ayam anggaran 400 gram atau lebih
Halia muda
Serbuk lada putih
Minyak bijan
Garam

Cara Penyediaan:-

1. Gaulkan dada ayam bersama garam, serbuk lada putih dan dua sudu minyak bijan.
2. Biarkan seketika.
3. Panaskan air di dalam periuk anggaran 1.5 liter
4. Masukkan dada ayam yang diperap tadi masak seketika sehingga isi ayam masak.
5. Keluarkan isi ayam dan carik-carikan sehingga kecil dan memanjang.
6. Ulang langkah pertama gaul isi ayam dengan garam, lada putih dan minyak bijan.
7. Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam air rebusan ayam.
8. Masak sehingga beras betul2 hancur.
9. Untuk dapatkan bubur yang halus dan lembut boleh berulang tambah air.
10. Tambah sedikit garam di dalam bubur sekiranya perlu.
11. Bubur yang sudah masak boleh dihidangkan dengan isi ayam, daun bawang/sup,
    bawang goreng dan hirisin kecil cili jika suka.

Nasi Lemak Sambal Bilis

 

Nasi lemak sambal sambal bilis sedikit berbeza dengan nasi lemak biasanya kerana bilisnya tidak digoreng tetapi terus dimasukkan di dalam sambal yang dimasak sehingga bilis lembut. Nasi lemak sambal bilis memadai hanya dimakan dengan telur rebus dan timun dan tidak perlu kacang goreng.
 
Bahan-bahan untuk sambal bilis:-
 
Anggaran secawan cili giling
Secawan atau lebih bilis
1 labu besar bawang besar holand
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram jika suka
Hirisan bawang besar untuk dimasukkan di dalam sambal
Minyak untuk menumis
Garam dan gula
  
Cara penyediaan:-
  
1. Mesin bawang besar, bawang merah dan bawang putih goreng sehingga garing
2. Masukkan cili giling goreng sehingga cili betul-betul masak. Boleh tambah air.
3. Masukkan gula dan garam. Untuk sambal lebih berkilat lebihkan gula.
4. Masukkan bilis, sos cili, sos tomato dan sos tiram goreng sehingga bilis betul2 lembut.
5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
 
Untuk nasi, masak nasi seperti biasa tambahkan santan dan sedikit garam. Kemudian masukkan daun pandan untuk dapatkan nasi yang wangi.

Friday, November 14, 2014

Spaghetti Goreng



Alasan balik lambat dari office untuk masak menu yang simple. Spaghetti goreng ala-ala mee goreng memang pilihan yang tepat, cepat dimasak dan semestinya sedap dimakan.

Bahan-Bahan:-

Sebungkus Spaghetti - Direbus dengan air dan sedikit minyak
5 sudu cili giling - sekiranya suka pedas boleh lebihkan
1 bungkus daging cincang/ayam/daging
1 labu bawang besar
3~4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Sedikit kicap manis sekiranya suka
Minyak untuk menumis
Cili benggala/sawi/kobis bulat
Garam dan gula

Cara Penyediaan:
1. Mesin bawang dan tumis sehingga garing dan masukkan cili giling tumis hingga masak
2. Kemudian masukkan daging cincang masak sehingga kering airnya
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap
4. Perasakan dengan gula dan garam
5. Masukkan spaghetti dan sayur-sayuran
6. Goreng seketika

Boleh dihidangkan dengan bawang goreng dan daun bawang/sup.