Sayur lemak ubi besar atau lebih dikenali di Kelantan dengan ubi badak. Selain direbus untuk dimakan sahaja, ubi ini memang sedap dimasak lemak atau dimasukkan di dalam gulai daging.
Bahan-bahan:
1 Ketul ubi badak (saiz kecil) - Boleh juga gunakan ubi keledek
4 ulas bawang merah*
setengah sudu kecil lada hitam*
sedikit bilis jika suka - boleh digantikan dengan isi ikan kembung atau selayang*
2 cawan santan
Kangkung/Pucuk Manis/Bayam
Cara Penyediaan:
- Buang kulit ubi potong kecil sebesar saiz ibu jari kaki dan basuhkan dengan garam lagi elok guna garam kasar untuk hilangkan lendir ubi
- Tumbuk bahan yang bertanda*
- Campurkan santan dan bahan yang ditumbuk campurkan air mengikut kepekatan kuah yang disukai
- Masukkan ubi, masak sehingga mendidih dan ubi empuk.
- Masukkan sayur kangkung boleh juga digantikan dengan pucuk manis atau bayam.
- Perasakan dengan garam dan gula
- Boleh masukan lada merah yang dipotong jika suka.
No comments:
Post a Comment