Wednesday, July 8, 2015

Mee Sup Azie Kitchen



Mee sup hasil rujukan resepi Azie Kitchen berkali masak tak pernah jemu. Resepi di SINI.

Monday, July 6, 2015

Acar Masak Timun

 
 
 

 
 
Acar masak timun merupakan salah satu menu masakan dari Kelantan. Acar masak ini banyak dijual di Pasar Ramadhan. Acar ini seakan-akan masak lemak kerana menggunakan santan, namun rasanya yang sedikit masam dan manis memberi kelainan.
 

 
Bahan-bahan:
 
4 Biji timun
5 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
Santan - lebih kurang 2 cawan
Sedikti halia
1 sudu cili giling
2-3 sudu cuka makan
2 biji cili merah/Hijau - jika suka
Segenggam taugeh
 
Cara Penyediaan:
  1. Timun dipotong memanjang, kemudian rendamkan seketika dengan air garam untuk mendapat acar yang rangup (seeloknya guna garam kasar)
  2. Tumis bawang dan halia yang ditumbuk
  3. Masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak
  4. Masukkan santan dan masak seketika kemudian masukkan cuka makan
  5. Apabila kuah mula mendidih masukan timun yang telah disejat
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Apabila acar sudah masak padamkan api, kemudian masukkan taugeh.
 

Sunday, July 5, 2015

Gulai Ikan Tongkol

 
 
Gulai ikan tongkol atau ikan aya menjadi menu utama untuk sarapan pagi dimakan bersama nasi putih.
 
Bahan-bahan:
 
2 ekor ikan tongkol - rebus dengan garam dan asam keeping
1 kotak santan 200ml
seinci lengkuas *
seinci kunyit *- boleh gantikan dengan serbuk kunyit
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili kering* - jika suka
2 keping asam
1 sudu serbuk kari ikan
Timun atau kacang panjang - Jika suka
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Semua bahan yang bertanda* dimesin
  2. Campur santan dengan air mengikut kepekatan yang disukai
  3. Masukkan semua bahan yang dimesin panaskan hingga mendidih
  4. Masukkan asam keping
  5. Masukkan serbuk kari ikan dan biarkan kuah mendidih
  6. Kemudian masukkan ikan yang telah sedia direbus
  7. Masukkan sedikit kuah ikan rebus untuk menambah rasa
  8. Masukkan timun atau kacang yang dipotong

Kurma Ayam


Menu yang sangat jarang dimasak. Sesekali masak memang mendapat sambutan lebih sedap lagi jika dibiarkan semalaman dan dipanaskan semula apabila hendak dimakan.

Bahan-bahan:

1/2 kg ayam dipotong kecil
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 kotak santan - 200ml
1 labu bawang besar - holand
1 paket rempah kurma
1/2 inci halia
sedikit jintan manis dan jintan putih
2 biji buah keras
2 biji ubi kentang
3 sekawan rempah tumis
Cili merah dan hijau - jika suka
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang dan halia yang ditumbuk lumat
  2. Kemudian masukkan 3 sekawan rempah tumis dan serbuk jintan atau jintan yang telah dimesin
  3. Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air
  4. Tumis sehingga pecah minyak
  5. Masukkan buah keras yang ditumbuk lumat
  6. Masukkan ayam dan masak seketika sehingga ayam dan rempah mesra
  7. Masukkan santan, diiukuti ubi kentang cili merah dan bawang besar yang dipotong memanjang atau memadai dengan belah empat









Juadah Raya Di Bulan Puasa

 
 
Menu berbuka dengan rendang daging, ayam masak merah, lodeh, lontong dan kuah kacang. Masak beramai-ramai seakan-akan sudah hendak menyambut raya.
 
 
 
 

Saturday, July 4, 2015

Ayam Kg Singgang

 
Singgang ayam seakan-akan singgang daging. Singgang daging menu yang popular di Negeri Kelantan dan Terengganu. Lebih istimewa dan sedap sekiranya menggunakan ayam kampong untuk masak singgang. Resepi singgang ayam seperti di SINI.

Wednesday, July 1, 2015

Sup Kepala Ikan Merah


 
Sup ikan merah sesuai dimakan masa berbuka atau bersahur juga sangat sesuai dimasak sekiranya perut meragam. Menu yang tidak pedas dan tidak menggunakan santan atau rempah.

Bahan-bahan:

1 Keping kepala ikan merah - bersihkan dengan air limau
1 paket sup ikan
2 biji buah keras
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Ubi kentang, karot dan sadri - Jika suka
Minyak untuk menumis
Daun sup dan daun bawang - jika suka
garam dan gula
Cili padi - Jika suka

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang dan halia hingga naik bau
  2. Masukkan paket sup ikan tumis seketika
  3. Masukkan air mengikut jumlah kuah yang dikehendaki
  4. Biarkan mendidih masukkan ubi kentang karot dan sadri masak seketika
  5. Masukkan buah keras yang ditumbuk lumat
  6. Masukkan ikan, kemudian peraskan dengan garam dan gula
  7. Masukkan daun sup dan daun bawang serta cili

Dalca Sayur


 
Dalca sayur memang sedap dimakan samada dengan nasi minyak atau nasi putih biasa. Kelainan dalca yang dimasak adalah sedikit berbeza kerana menggunakan nenas. Rasa masam manis nenas memang membangkit selera. Kalau di nergeri Kelantan untuk masak dalca memang telah ada rempah dalca yang siap dan boleh dibeli di kedai. Rempahnya seakan-akan rempah kari biasa, tapi ada sedikit kelainan dari segi rasa.
 
Bahan-bahan:
 
1/2 kg daging tetel/ boleh digantikan dengan ayam yg dicincang halus
3-4 sudu besar rempah kari daging
1 setengah kotak santan pekat - 300ml
5-6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia - jika suka
1/2 keping gula Melaka @nise
1 sudu cili giling
Minyak untuk menumis
Sayur - Karot, Jagung muda,terung, kacang panjang dan bendi
1/2 biji nenas - potong kecil
 
 
Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang yang telah ditumbuk/mesin sehingga Wangi
  2. Masukkan cili giling tumis sehinga cili masak kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk
  4. Masukkan santan dan air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  5. Masukkan nenas dan masak seketika sehingga kuah mendidih
  6. Masukkan sedikit gula Melaka atau nise.
  7. Masukkan sayur dan masak sehingga sayur sedikit layu.
  8. Perasakan dengan gula dan garam. Sekiranya tidak amsak boleh masukkan air asam jawa atau asam keping atau memadai dengan masam nenas.