Monday, April 27, 2015

Masak Lemak Cili Api Sardin


 
 
Sekali sekala masak lemak cili api sardine dalam tin memang membangkit selera. Memang makan nasi bertambah-tambah.
 
 
Bahan-bahan:
 
1 tin sardine - Ayam Brand
2 Ulas bawang putih
1 Inci kunyit
3-4 biji cili api - bergantung kepada kepedasan yang disukai
2 biji ubi kentang
1 Kotak santa
1 Keping asam
1 batang serai
 
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Asingkan isi sardin dari sosnya - Kalau suka boleh goreng dulu isinya
  2. Tumbuk lumat bawang kunyit dan cili
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama santan masak sehingga mendidih
  4. Masukkan kentang masak seketika
  5. Masukkan sedikit sos sardin sekiranya suka
  6. Kemudian masukkan isi sardin, asam keeping dan serai
  7. Perasakan dengan garam dan gula


Sunday, April 26, 2015

Sushi


 
 
Untuk mempelbagaikan bekal sekolah anak-anak dengan menyediakan sushi. 
 
 
Bahan-bahan
 
2 cawan beras sushi - Masak seperti masak nasi biasa
4 sudu cuka sushi
1/2 sudu gula
1/2 sudu garam
timun
lobak merah
Telur dadar - potong halus memanjang
Isi ketam
seaweed

Cara Penyediaan: 
 
  1. Celur sekejap isi ketam - Potong memanjang
  2. Potong timun memanjang
  3. Gaul nasi dengan cuka, garam dan gula
  4. Letakkan nasi atas seaweed dan susun bahan2 tadi.
  5. Gulung seaweed dan nasi tu menggunakan penggulung sushi.
  6. Ketatkan penggulung sushi
  7. Potong sushi mengikut ketebalan yang disukai
 
 
 


Saturday, April 25, 2015

Mee Sup Ayam




Mee sup ayam yang simple. Bila dimakan bersama sambal kicap dan cili jeruk memang sedap.

Bahan-bahan:

1/4 ekor ayam - dipotong kecil
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 sudu jintan manis* - mesin kering
1/2 sudu jintan putih*-mesin kering
1 sudu lada hitam*-mesin kering
1 Keping tauhu - Potong kecil - Jika suka
Segenggam sawi
Taugeh
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang yang dimayang halus hingga Wangi
  2. Masukkan ayam yang dicincang halus masak sehingga ayam kering airnya
  3. Masukkan bahan yang dimesin masak seketika
  4. Masukkan air untuk kuah
  5. Masukkan tauhu dan sawi
  6. Masak sehingga kuah betul-betul masak
  7. Boleh dimakan bersama taugeh, sambal kicap dan cili jeruk

Wednesday, April 22, 2015

Tiga Rasa Ala Thai Ikan Kembung

 
 
Terdapat pelbagai resepi menu tiga rasa ikan. Menu kali ini disediakan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada, dimasukkan juga sos ikan, daun ketumbar maka ikan tiga rasa kali ini lebih kepada ikan tiga rasa ala thai seperti yang dimakan di gerai/restoren masakan Thai.
 
Bahan-Bahan:
 
1 ekor ikan kembung (agak besar) - bersihkan dan goring garam kunyit
1 labu bawang besar - Cincang halus
3 ulas bawang putih - Cincang halus
4-5 biji cili padi - ketuk
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Sedikit timun - potong dadu kecil
1 biji tomato - potong dadu kecil
1 batang serai - boleh dipotong kecil atau boleh je diketuk
2 helai daun limau purut - dipotong kecil
1 tangkai daun ketumbar - potong kecil
Minyak untuk menumis
Garam dan gula
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang sehingga naik bau kemudian masukkan cili yang diketuk
  2. Masukkan kesemua sos dan boleh tambah air mengikut kepekatan yang disukai
  3. Perasakan dengan garam dan gula
  4. Masukkan timun, tomato, serai, daun ketumbar dan daun limau purut
  5. Masak seketika, kemudian curahkan di atas ikan.

Acar Jelatah Kobis


 
Cara penyediaan acar jelatah kobis sama sahaja dengan acar jelatah timun. Memang sedap acar jelatah ini dimakan dengan nasi lebih-lebih lagi apabila dipadankan dengan gulai ayam atau kari ayam.
 
Bahan-bahan:
 
1/4 Kubis
1 biji timun - sekiranya suka
1/2 batang karot
1 biji cili merah - jika suka
2 sudu gula
1/2 sudu garam
2 sudu cuka makan
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Kobis dihiris nipis dan halus
  2. Timun dipotong memanjang kecil atau boleh juga dipotong bulat
  3. Potong kecil dan nipis karot
  4. Potong kecil

Ikan Kacang - Goreng Garam Kunyit & Masak Asam Pedas


Monday, April 20, 2015

Kuih Bronok Sagu


 
Kuih bronok sagu memang tidak jemu dimakan dan sesuai dimakan bila-bila masa. Untuk tambah keenakkan sejukkan dulu di dalam peti ais sebelum dimakan. Hasil rujukan dari beberapa blog, terutamanya blog Citrasawan menghasilkan bronok sagu yang sedap dan Wangi baunya.
 
Bahan-bahan :
 
1 Cawan Sagu Halus
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 sudu besar sirap ros/pewarna merah
2 helai daun pandan
1/2 cawan kelapa parut + sedikit garam
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Lalukan sagu di bawah air dan sejatkan
  2. Masak air sehingga mendidih kemudian masukkan sagu dan sentiasa kacau
  3. Masukkan pewarna, gula dan daun pandan kacau sehingga sagu menjadi likat
  4. Basahkan acuan atau Loyang
  5. Sejukkan di dalam peti ais
  6. Potong kemudian gaulkan dengan kelapa
  7. Untuk tahan lebih lama, kelapa yang digaulkan degan garam seeloknya dikukus sekejap.

Thursday, April 16, 2015

Kuih Ketayap


Kuih yang agak mudah untuk disediakan. Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang.

Bahan-bahan inti:

1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan kulit:

2 cawan gandum
1 biji telur
2 Sudu marjerin
2 cawan air - lebih kurang
Sedikit garam
Pewarna hijau

Cara Penyediaan Inti:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam kuali, masak dengan api yang perlahan sehingga kering dan selalu kacau.
  2. Kemudian sejukkan.

Cara Penyediaan kulit:

  1. Campur semua bahan, dan bancuh sehingga adunan menjadi licin dan tidak berketul.
  2. Boleh gunakan whisk dan tapis sekiranya perlu.
  3. Panaskan kuali, tak perlu gunakan minyak sekiranya menggunakan kuali non stick
  4. Tuangkan satu senduk bancuhan dan ratakan dengan menggunakan sudip.
  5. Angkat dan gulung bersama inti yang disejukkan.
                     

Tenggiri Kari Mamak


Menu ulangan kari mamak yang diubahsuai mengikut bahan-bahan sedia ada. Kari mamak tanpa santan menjadi kegemaran kami sekeluarga.


Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri - agak besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3-4 sudu besar serbuk rempah kari
Rempah tumis -1 kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntuk cengkih
1 sudu rempah campur
Air asam jawa
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
Terung dan bendi jika suka

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang yang ditumbuk sehingga Wangi, masukkan daun kari, rempah campur dan rempah tumis
  2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air tumis sehingga masak
  3. Masukkan air dan air asam jawa mengikut kepekatan yang disukai
  4. Seeloknya biarkan kuah mendidih baru dimasukkan ikan untuk mengelakkan ikan hancur
  5. Masukkan ikan terung dan bendi
  6. Perasakan dengan garam dan gula

Wednesday, April 15, 2015

Ikan Sambal Pandan

 
 
Ikan Selar memang sedap digoreng garing, untuk menambah rasa boleh pelbagaikan dengan selar goreng bersambal. Manakala untuk membangkitkan bau harum sambal boleh dimasukkan daun pandan ke dalam sambal, memang menghasilkan sambal yang Wangi.
 
 
Bahan-bahan:
 
3 ekor ikan selar saiz sederhana - bersih dan lumurkan dengan garam kunyit
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit Gula Melaka @ nise -  jika suka
1 sudu gula
garam - jika perlu
1 helai daun pandan
Minyak untuk menggoreng ikan dan menumis
 
Cara penyediaan:
 
  1. Tumis bawang sehingga Wangi dah layu
  2. Masukkan cili giling tumis sehingga cili betul-betul masak. Boleh tambah air.
  3. Masukkan daun pandan, sos cili dan sos tiram
  4. Masukkan nise, gula dan garam.
  5. Curahkan sambal di atas ikan yang telah digoreng.

Sunday, April 12, 2015

Tenggiri Air Asam Budu

 
Sangat menyelerakan menu yang simple yang dirujuk daripada blog Ilham Dapur iaitu ikan bakar dengan air asam. Air asam yang disediakan sedikit berbeza kerana menggunakan kicap, sos tiram dan sedikit budu. Resepi seperti yang disalin dari Blog Ilham Dapur. Terima kasih kepada Pemilik Blog yang hebat ini.
 
Ikan Tenggiri Panggang Sos Air Asam by ilhamdapur.blogspot.com
 
Bahan-bahan:
 
5 keping ikan tenggiri - cuci dan toskan
1 biji buah tomato ranum - dadu
5-6 biji cili burung hijau dan merah - potong kecik (suka pedas tambah lagi)
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
sedikit budu
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
daun ketumbar secukupnya - dihiris
jus limau secukupnya - guna limau kasturi lagi sedap, sni xde, maz guna lemon je
sedikit garam, gula dan aji (jika suka)
sedikit air
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Taburkan sedikit garam (buat syarat je) pada ikan dan panggang sampai masak - maz guna grill pan. Panggang sampai habis dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan untuk air asam (agak2 la ye) dan perasakan secukup rasa ikut selera. Susun ikan dalam pinggan dan boleh la disiran dengan air asam. Sedia untuk dihidangkan.

Lontong - Menu Ulangan



Menu ulangan, menggunakan resepi Ihasil rujukan dari blog lham Dapur. Menjadi kegemaran sekeluarga makan berulang-ulang dari pagi sampai ke malam. Resepi DI SINI.

Sunday, April 5, 2015

Ayam Goreng Rempah


Telah beberapa kali masak ayam berempah. Resepi yang digunakan hasil rujukan beberapa resepi serta mengikut bahan-bahan sedia ada. Hasilnya tidak mengecewankan, memang sedap. Resepi boleh rujuk DI SINI.




Kerabu Daun Pudina


 
Kerabu daun pudina, pertama kali cuba hasilnya sangat memuaskan. Memang sedap dimakan bersama nasi. Rasanya tidak jauh berbeza dengan kerabu lain, malah baunya yang Wangi boleh membangkit selera.
 
Bahan-bahan:
 
Secekak daun pudina
1 labu bawang besar merah/holand
1 biji tomato - bersaiz besar
1 batang serai
Jus limau nipis
2-3 sudu cuka makan - sekiranya suka
Sedikit garam dan gula
3-4 biji cili - jika suka
 
Cara Penyediaan:
  1. Potong kecil daun pudina
  2. Serai dimayang halus
  3. Bawang dimayang halus
  4. Cili dipotong halus
  5. Tomato dipotong kecil dan keluarkan biji
  6. Gaulkan kesemua bahan di atas serta perasakan dengan garam dan gula