Monday, August 31, 2015

Solok Lada



Bahan-bahan:

2 Ekor ikan selayang @ sardine
10-15 biji lada hijau (lagi sedap menggunakan lada hijau Kelantan)
Kelapa muda - 2 ringgit
2 batang serai
4 ulas bawang merah
Sedikit garam dan sedikit budu (jika suka)
Gula
Sedikit santan cair

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang dan serai sampai lumat
  2. Masukkan isi ikan (isi ikan mentah)
  3. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama garam, gula dan budu
  4. Alaskan periuk dengan daun ubi (jika suka) untuk mengelakkan solok lada melekat diperiuk
  5. Susun solok lada, kemudian siramkan dengan santan cair (sedikit sahaja untuk mengelakkan solok lada hangit
  6. Masak sehingga lada kecut dan isi solok masak sepenuhnya.

Tomyam Bersantan



Bahan-bahan:

3 Sudu Pes Tomyam
1-2 labu bawang besar kuning
4 ulas bawang putih
Lebih kurang 1 inci lengkuas (potong nipis jadikan 4-5 keeping)
3 Ketul isi ayam (dipotong kecil) 
Udang/sotong/fish ball -jika suka
Daun ketumbar
Sayur - Bunga kobis/karot/jagung muda (jika suka)
1 senduk besar santan (boleh digantikan dengan susu cair)
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturi/nipis

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ayam bersama air, sukatan air mengikut kuah yang dikehendaki
  2. Masukkan bawang yang telah dipotong memanjang
  3. Masukkan lengkuas, pes tomyam masak sehingga mendidih
  4. Masukkan udang/sotong/fish ball
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Masukkan sayur-sayuran
  7. Masukkan santan
  8. Masak seketika
  9. Masukkan jus perahan limau nipis anggaran setengah senduk kecil dan masukkan daun ketumbar.

Somtam


Nasi Kerabu


Sunday, August 9, 2015

Pulut Ikan Kering


 
Petua untuk mendapatkan pulut yang cantik berkilat rujukan daripada blog Azie Kitchen dengan mencampurkan sedikit minyak semasa mengukus pulut.


Resepi Seperti Di dalam Blog Azie Kitchen

Bahan-bahan:

Beras pulut
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sb minyak masak
Serbuk kunyit, jika mahu buat pulut kuning

Cara Penyediaan:
 
  1. Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus.
  2. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih. Guntingkan daun pandan, jika suka. Kukus selama  15 ke 20 minit.
 

Kuih Lapis

 
 

Tapai Pulut




Bahan-bahan:

1 Kg beras pulut - rendam sekurang-kurangnya 4 jam
1 biji ragi - hancurkan sampai jadi serbuk
Daun Pisang/Daun Getah/Bekas

Cara Penyediaan:

  1. Kukus beras pulut lebih kurang 7-8 minit
  2. Angkat kemudian renjiskan dengan air sejuk, gaulkan sehingga air rata
  3. Kukus semula sehingga pulut masa lebih kurang 15 minit
  4. Sejukkan pulut yang dikukus (mesti betul-betul sejuk)
  5. Tabur ragi di atas pulut dan gaulkan sehingga rata
  6. Bungkus tapai dengan daun atau masukkan di dalam bekas yang disukai
  7. Masukkan dalam bekas tertutup biarkan sekurang-kurang sehari semalam.
 

Rendang Ayam

 
 
 
Rendang ayam yang dimasak tiada resepi khusus, mengikut sahaja bahan-bahan yang sedia ada.
 
 
Bahan-bahan:
 
1 ekor ayam
1 Kotak santan - 200ml
6-8 ulas bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar kerisik
5 batang serai
2 keping asam
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut-jika suka
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis dan jintan putih
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang yang dimesin dengan cili sehingga garing
  2. Masukkan ayam biarkan seketika
  3. Ketuk serai
  4. Masukkan santan dan semua bahan
  5. Peraskan dengan garam dan gula
  6. Masak mengikut kepekatan kuah yang disukai
 
 


Kuah Durian & Roti


 
Kuah durian memang sedap dimakan bersama roti jala, roti biasa atau pulut. Untuk menyediakan kuah durian agak mudah kerana tidak memerlukan bahan yang banyak.
 
 
Bahan-bahan:
 
10 ulas durian
1 kotak santan - 200 ml
5 keeping gula Melaka @ nise
2-3 sudu gula pasir
secubit garam
daun pandan -jika suka
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Masukan isi durian dan sedikit air panaskan seketika
  2. Kemudian masukkan santan dan lain-lain bahan masak sehingga mendidih dan sentiasa kacau untuk mendapatkan kuah durian yang cantik


Laksa Johor

 
Terdapat banyak resepi Laksa Johor hasil rujukan daripada blog-blog masakan. Namun resepi yang digunakan adalah menggunakan resepi sendiri yang sering digunakan setiap kali menu ini disediakan. Untuk tambah kelazatan laksa Johor perlu dimakan bersama dengan sambal belacan.
 
Bahan-bahan:
 
1kg ikan sardin @ selayang - rebus sebentar
2 kotak santan
2 labu bawang besar* -boleh digantikan dengan bawang merah biasa
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
sedikit lengkuas*
segenggam udang kering
segenggam udang hidup - jika suka
3-4 sudu serbuk kari ikan
1-2 sudu cili giling
2 keping asam
1 sudu kerisik
1 batang serai
segenggam daun kesum
 
Cara penyediaan:
 
  1. Mesin isi ikan bersama-sama kuah ikan yang direbus
  2. Jika suka mesin tulang ikan dan tapiskan airnya
  3. Mesin udang kering dan udang hidup
  4. Tumis bahan-bahan bertanda* yang telah dimesin sehingga Wangi
  5. Masukkan cili giling tumis sehingga cili masak
  6. Masukkan santan campurkan dengan air mengikut kepekatan yang disukai
  7. Masukkan isi ikan dan isi udang yang telah sedia dimesin
  8. Masukkan serai, daun kesum dan asam keeping
  9. Masak sehingga mendidih
  10. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula
  11. Boleh dihidangkan bersama ulam kacang panjang, taugeh timun, daun kesum dan sambal belacan
  12. Untuk menambah rasa boleh perahkan asam limau kasturi.