Friday, May 29, 2015

Soto Special Ramly Kopitiam Batu Pahat


 
Pertama kali rasa soto yang sangat-sangat sedap menepati selera. Ramly Kopitiam di Batu Pahat bersebelahan dengan Pasar.

Air Kelapa Special di Restoren Kayu Manis

 
Salah satu restoren kegemaran iaitu Restoren Kayu Manis di Cyberjaya. Paling special air kelapa laicinya memang sedap.

Makan-makan di Absolute Thai Alamanda


Siakap Asam Pedas Lobak Masin


 
Siakap asam pedas menu ulangan, berkali-kali masak namun tidak pernah jemu masih menjadi menu kegemaran seisi keluarga. Resepi untuk menu asam pedas masih sama cuma ditambah dengan lobak masin, rasa masam masin lobak memang menyedapkan lagi rasa asam pedas. Menu seperti di SINI.

Laksam


Lauk Sardin


 
Sardin tumis, lauk penyelamat ketika malas atau nak cepat. Namun menu simple ini menjadi kegemaran kami sekeluarga kadang-kadang mendapat permintaan khas untuk masak menu ini.
 
Bahan-bahan:
 
1 Labu bawang besar holand
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
2-3 biji cili merah atau hijau
sedikit minyak untuk menumis
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang dan cili sehingga layu
  2. Masukkan sardine bersama sos dan campurkan sedikit air lebih kurang setengah tin sardin
  3. Perasakan dengan garam dan gula
  4. Masukkan tomato yang dibelah 4
  5. Kecikkan api dan masak seketika (6-10 minit) untuk hilangkan bau hanyir sardin
 

Tuesday, May 26, 2015

Udang Galah Masak 3 Rasa


Udang masak tiga rasa hasil rujukan dari blog Azie Kitchen. Memang sedap bezanya dengan masak merah biasa kerana resepi ini menggunakan sedikit lengkuas.

Bahan-bahan:

10 ekor udang galah
5-6 ulas bawang merah
seinci halia
seinci lengkuas
3 ulas bawang putih
2 sudu cili giling
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Bawang, halia dan lengkuas dimesin hancur
  2. Tumis bahan mesin sehingga Wangi kemudian masukkan cili giling tumis sehingga cili masak
  3. Masukkan semua sos, perasakan dengan garam dan gula
  4. Masukkan udang, masak sehingga udang bertukar warna

Sunday, May 24, 2015

Makan-Makan di Kiraku Cyberjaya


Makan-Makan di Suki-Ya Alamanda Putrajaya


Sarapan di Nu-in Little Perak - Bangi

 
Salah satu café yang menjadi kegemaran kami sekeluarga terutama dengan menu sarapan paginya iaitu café Nu-in Little Perak di Bandar Baru Bangi. Terdapat banyak pilihan dengan menu-menu tempatan dan juga menu western.

Soto Ayam

 
 
Pertama kali masak soto, hasil rujukan daripada blog-blog masakan dan diubahsuai mengikut bahan yang sedia ada menghasilkan soto yang sangat enak menepati selera kami sekeluarga.
 
Bahan-bahan Kuah:
 
1/4 ekor ayam
7-8 ulas bawang merah - mesin
4 ulas bawang putih - mesin
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 sudu rempah soto adami
Bahan tumis - bunga lawang, cengkih dan kayu manis
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang yang dimesin sehingga Wangi, masukkan bahan tumis dan rempah soto tumis sehingga naik bau
  2. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki
  3. Masukkan seketul besar ayam
  4. Jika suka boleh masukkan juga ayam yang dicincang halus
  5. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula
  6. Angkat isi ayam yang dimasukkan di dalam kuah, goreng seketika kemudian carik-carikan isi ayam
  7. Soto boleh dimakan dengan nasi impit atau dengan mee/beehon
  8. Untuk menambah rasa, boleh taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta sambal kicap.
 
 

Monday, May 18, 2015

Sayur Masak Lemak Buah Gajus


 
Sayur masak lemak memang selalu disediakan, namun resepi kali sedikit berbeza kerana sayur masak lemak dicampur dengan buah gajus. Rasa lemak dan masam gajus sangat sedap. Lebih menambah selera bila dimakan dengan siakap goreng dan kicap.
 
 
Bahan-bahan:
 
Aneka sayur - Sawi, karot, kubis dll
Buah gajus - Celur seketika hiris nipis dan perahkan airnya
4 ulas bawang merah
1/2 sudu lada hitam
Sedikit bilis/atau isi ikan rebus
2 cawan santan
 
Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk bawang dan lada hitam serta bilis atau isi ikan
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan air mengikut kepekatan yang disukai
  3. Masak sehingga mendidih
  4. Masukkan sayur dan gajus yang telah diperah airnya
  5. Masak seketika
  6. Perasakan dengan garam dan gula
 
 


Kuih Paw



Bahan-bahan:

1 kg gandum
2 paket mauripan
3 sudu mentega
4-5 sudu gula
1 sudu garam
lebih kurang 2 cawan air

Cara Penyediaan:

  1. Campur semua bahan dengan sedikit air uli menjadi doh dan biarkan selama 45 minit
  2. Sediakan doh bulat kemudian masukkan inti yang disediakan.
  3. Inti mengikut pilihan, samada sardin, ayam atau kacang merah.
  4. Kukus lebih kurang 15-20 minit.

Aneka Pulut Untuk Sarapan Pagi

 
Aneka pulut  untuk menu sarapan pagi. Pulut bakar, pulut panggang dan pulut pagi. Alhamdulillah rasanya sedap sama macam yang dibeli kat kampong. Cuma untuk dapatkan pulut-pulut ini seawal pagi dah kena beratur untuk dapatkannya di Gerai Mama Presint 9 berdekatan dengan Klinik Kesihatan.

Sizzling Mee


 
Pertama kali masak Sizzling, memang sedap dan tidak perlu menggunakan hot plate memadai dengan menggunakan periuk atau kuali biasa. Resepi yang dirujuk daripada
FB " Resepi Orang Kampung".
 
Bahan-bahan:
 
5 Ulas bawang putih - Ketuk
1 Inci halia - mayang
6 biji cili kering - Potong 2
1 Biji bawang besar - Mayang
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat - saya gunakan kicap ABC
4 sudu besar kicap manis - saya gunakan kicap Jalen
4 sudu tepung jagung - bancuh dengan air
8-9 cawan air bergantung kepada kepekatan yang disukai
Cendawan butang - saya gunakan cendawan butang tin
Sawi Putih
3 @ 4 biji telur
Fish ball jika suka
 
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak bawang putih, halia, cili kering dan bawang besar hingga Wangi
  2. Masukkan cendawan, ayam dan fish ball masak sekejap
  3. Masukkan air, kicap dan soso tiram
  4. Tunggu sehingga mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Masak sehingga kuah masak
  7. Masukkan sawi dan pecahkan telur ke dalam kuah
  8. Basuh atau celur mee
  9. Boleh siramkan kuah di atas mee atau masukkan terus mee ke dalam kuah