Pertama kali masak soto, hasil rujukan daripada blog-blog masakan dan diubahsuai mengikut bahan yang sedia ada menghasilkan soto yang sangat enak menepati selera kami sekeluarga.
Bahan-bahan Kuah:
1/4 ekor ayam
7-8 ulas bawang merah - mesin
4 ulas bawang putih - mesin
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 sudu rempah soto adami
Bahan tumis - bunga lawang, cengkih dan kayu manis
Cara Penyediaan:
- Tumis bawang yang dimesin sehingga Wangi, masukkan bahan tumis dan rempah soto tumis sehingga naik bau
- Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki
- Masukkan seketul besar ayam
- Jika suka boleh masukkan juga ayam yang dicincang halus
- Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula
- Angkat isi ayam yang dimasukkan di dalam kuah, goreng seketika kemudian carik-carikan isi ayam
- Soto boleh dimakan dengan nasi impit atau dengan mee/beehon
- Untuk menambah rasa, boleh taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta sambal kicap.
No comments:
Post a Comment