Tuesday, December 30, 2014

Kuih Cik Mek Molek



Kuih cik mek molek salah satu kuih yang senang untuk disediakan. Bahan-bahannya juga sangat simple.

Bahan-bahan:

Ubi keledek - saya gunakan keledek kuning
Tepung gandum
Gula
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Rebus keledek sampai masak
2. Lenyekkan keledek sampai hancur
3. Gaulkan dengan gandum sehingga tidak melekat di tangan
4. Bentukkan menjadi bulat memanjang dan masukkan gula serta kemaskan supaya gula tidak terkeluar
5. Goreng sampai kekuning kuningan.

Jemput-Jemput Udang


 
 
 
Resepi jemput-jemput udang yang diperolehi dari seorang kawan memang menjadi kegemaran keluarga kami. Jemput-jemput ini bolah dimakan semasa sarapan pagi, minum petang dan kadang kala menggantikan makan malam kami. Jemput-jemput ini lagi sedap dimakan bersama dengan sos cili atau pencicah keropok lekor.
 
Bahan:
 
Gandum secukupnya
Air panas
Daun sup dan daun bawang - Dipotong kecil
Bawang besar
Garam - Dicincang
Udang - dibersihkan dan dicincang kecil
Minyak untuk menggoreng
 
Cara Penyediaan:
 
1. Campurkan semua bahan dan masukkan air panas kacau hingga rata
2. Goreng macam biasa.

Tuesday, December 16, 2014

Nasi Ayam Kegemaran Kami Sekeluarga

 
Nasi ayam memang mudah disediakan memandangkan hanya perlu masak satu lauk sahaja. Cara penyediaannya juga agak simple dan tidak perlu mengambil masa yang lama.
  
Bahan dan cara penyediaan:
 
Ayam
 
1.Rebus ayam seketika (sekali mendidih dah memadai).
2.Simpan air rebusan ayam untuk masak nasi dan sup
3.Toskan ayam kemudian perapkan ayam dengan halia, bawang putih, garam, kicap
   manis, sos tiram dan sedikit madu jika suka - Halia dan bawang ditumbuk
4.Perapkan seketika, lagi lama lagi sedap
5.Kemudian goreng ayam hingga masak - Sediakan bahan2 lain ayam goreng kemudian
 
Nasi
 
1.Basuh beras dan sejat seketika
2.Panaskan sedikit mentega, tumis bawang putih dan halia serta daun pandan
3.Masukkan beras dan gaulkan seketika
4.Masukkan air ayam yang telah ditapis, sukatan mengikut sukatan untuk masak nasi biasa
5.Masukkan sedikit garam jika suka
 
Sambal
 
1.Mesin cili merah bersama dengan 2 ulas bawang putih
2.Panaskan sehingga cili masak dan masukkan gula dan garam
3. Masukkan air limau kasturi atau limau nipis
 
Kicap
 
Panaskan air perapan ayam bersama dengan sedikit gula melaka


Siakap Tomyam

 
 
Ikan siakap tomyam menu yang jarang dimasak. Mendapat Ilham dari sebuah kedai makan dan apabila dicuba memang sedap, lengkapkan hidangan dengan ayam kg goreng serta sayur raja goreng sos tiram.
 
Bahan-bahan:
 
1 ekor ikan siakap dipotong dan dibersihkan
1 labu bawang besar - potong membujur
3 ulas bawang putih - diketuk
1 hiris halia
3 hiris lengkuas
1 batang serai
4 helai daun limau purut
1 batang sadri
1/2 karot
Ubi kentang - jika suka
Sedikit daun ketumbar
Air limau kasturi/limau nipis
1 Sudu sos ikan atau sos tiram.
 
 
Cara penyediaan:
 
Masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan, daun ketumbar dan air limau ke dalam periuk. Masukkan air mengikut sukatan yang disukai. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan air limau dan daun ketumbar.

Monday, December 15, 2014

Sup Tulang Berempah

 
Sup tulang berempah yang sangat lazat dimakan panas-panas bersama nasi, telur dadar, dan ulam-ulaman. Sup tulang berempah yang dimasak hasil rujukan daripada blog Azlita Masam Manis memang membangkit selera dan harus dicuba.
 
 
 
Resepi seperti yang disalin dari blog Azlita Masam Manis. Terima kasih banyak Puan Azlita atas perkongsian resepi ini.
 
1 kg tulang
5 ulasbawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 biji bawang merah belah 4
2 helai daun pandan
2 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
3 camca besar rempah sup daging
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 batang saderi ~ dihiris kasar
50 ml susu cair
5 tangkai daun sup - dihiris halus
4 camca besar minyak masak
100 gm bawang goreng
1 liter air
garam secukup rasa
Dalam resepi kali ini ita tambah 5 biji cili api yang di ketuk
Ita juga tambahkan 1 keping asam keping

Tulang direbus dgn daun pandan sehingga empuk. 
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia dgn kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang serta buah pelaga sehingga naik bau.
Tuangkan air rebusan tulang tadi, masukkan tulang. Renihkan sehingga tulang pada daging lembut.
Kemudian masukkan rempah sup, susu cair, lada hitam, hirisan batang saderi dan garam secukup rasa.
Ita masukkan juga cili api dan asam keping
Apabila sudah mendidih, taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
Sedia di hidangkan bersama nasi putih atau roti

 

Monday, December 8, 2014

Mee Sup Tulang

 
 
Mee sup tulang yang sangat mudah untuk disediakan dan memang sedap dan sesuai dimakan samada untuk sarapan pagi, makan tengahri atau di waktu petang.
  
Resepi seperti yang disalin dari blog Azie Kitchen. Terima kasih Puan Azie.
  
Mee Sup Tulang Yang Sangat Sedap

Bahan bahan;
4 kg tulang lembu
8 biji bawang besar - kisar
Segenggam bawang putih - kisar 
4 ketul halia - kisar
2 inci lengkuas - ketuk
8 sup bunjut
Rempah penumis - pelaga, kayu manis, bunga lawang
Daun pandan
Garam
Ajinomoto
Sedikit gula 

Bahan lain:
Mee kuning - celur dan tos
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Sambal kicap - resepi di bawah

Cara cara;
Tulang direbus lama lama sehingga daging empuk dan air tulang sebati dengan kuah. Sekali sekala, cedukkan keluar bahagian berlemak di permukaan air rebusan, jika ada.

Kisar bawang bawang dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah penumis dan sup bunjut sehingga wangi.

Masukkan bahan yang ditumis dan daun pandan ke dalam kuah sup. 

Masukkan garam dan serbuk perisa. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Hidang bersama mee kuning yang dicelur atau mee hoon. Tabur bawang goreng, daun bawang dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal kicap.



Masak Lodeh dan Lontong

 
 
Menu yang agak jarang dimasak. Sesekali dimasak memang menyelerakan. Hasil rujukan dar blog ilham dapur menghasilkan masak lodeh yang sedap dan memang kena dengan selera seisi keluarga.
 
 
Resepi seperti yang disalin dari Blog Ilham Dapur.
 
Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (anggaran)
  • 3-4 cawang santan
  • 15 ekor udang segar- buang kulit
  • sayuran (kobis, carrot, kacang panjang, cili merah) - dipotong pendek
  • fucuk dan su'un - rendam sekejap
  • tempe - potong kecik
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sudu besar udang kering*
  • 1-2 inci kunyit hidup*
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • garam, gula dan aji (jika suke)
Cara-cara
 
  1. Kisar atau tumbuk lumat semua bahan-bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak@ wangi
  3. Masukkan santan, kacau sekata. Masukkan carrot dulu dan masak sehingga carrot separuh empuk kemudian baru masukkan sayuran lain dan udang. Perasakan ikut citarasa.
  4. Masak sampai semua bahan-bahan tadi sedikit layu.
  5. Padankan api, boleh la dihidangkan dengan nasi impit dan sambal atau kuah kacang.
 


Masak Lemak Sayur

 
 
Menu yang sangat simple dan amat menyelerakan iaitu masak lemak sayur, ikan bawal goreng, ikan pekasam goreng, ulam serta budu.
 
 
Resepi Sayur Masak Lemak:
 
Bahan-bahan:
 
3~4 ulas bawang merah,
Sedikit udang kering @ bilis - 3 sudu
Sedikit lada hitam - satu sudu teh
Santan
Sayur- Kacang panjang, jagung muda, kubis, terung, sawi, taugeh, karot dan petola
 
Tumbuk bawang, udang kering dan lada hitam campurkan bersama santan, masak sehingga mendidih. Bila mendidih masukan sayur-sayuran. Perasakan dengan gula dan garam.
 
 


Monday, December 1, 2014

Asam Pedas Ikan Senangin



Pertama kali masak asam pedas Ikan Senangin. Rasa isinya lembut seakan-akan ikan siakap. Memang sesuai dimasak asam pedas atau digoreng.

Bahan-bahan:

1 Labu bawang besar kuning  * Mesin
3 ulas bawang putih * Mesin
4~5 sudu cili giling
Lengkuas *Mesin
Halia *Mesin
Kunyit hidup - boleh gunakan serbuk kunyit *Mesin
2 batang serai
2 helai daun limau purut
2 keping asam
Daun Kesum
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
1. Tumis bahan yang dimesin sehingga garing
2. Masukkan cili giling goreng hingga cili masak dan pecah minyak, boleh berulang tambah air
3. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai
4. Masukkan daun kesum, serai, daun limau purut dan asam keping
5. Bila dah mendidih boleh masukkan ikan
6. Perasakan dengan garam dan gula.