Pertama kali masak asam pedas Ikan Senangin. Rasa isinya lembut seakan-akan ikan siakap. Memang sesuai dimasak asam pedas atau digoreng.
Bahan-bahan:
1 Labu bawang besar kuning * Mesin
3 ulas bawang putih * Mesin
4~5 sudu cili giling
Lengkuas *Mesin
Halia *Mesin
Kunyit hidup - boleh gunakan serbuk kunyit *Mesin
2 batang serai
2 helai daun limau purut
2 keping asam
Daun Kesum
Garam dan gula
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
1. Tumis bahan yang dimesin sehingga garing
2. Masukkan cili giling goreng hingga cili masak dan pecah minyak, boleh berulang tambah air
3. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai
4. Masukkan daun kesum, serai, daun limau purut dan asam keping
5. Bila dah mendidih boleh masukkan ikan
6. Perasakan dengan garam dan gula.
No comments:
Post a Comment