Bahan-bahan:
2 Ekor ikan selayang @ sardine
10-15 biji lada hijau (lagi sedap menggunakan lada hijau Kelantan)
Kelapa muda - 2 ringgit
2 batang serai
4 ulas bawang merah
Sedikit garam dan sedikit budu (jika suka)
Gula
Sedikit santan cair
Cara Penyediaan:
- Tumbuk bawang dan serai sampai lumat
- Masukkan isi ikan (isi ikan mentah)
- Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama garam, gula dan budu
- Alaskan periuk dengan daun ubi (jika suka) untuk mengelakkan solok lada melekat diperiuk
- Susun solok lada, kemudian siramkan dengan santan cair (sedikit sahaja untuk mengelakkan solok lada hangit
- Masak sehingga lada kecut dan isi solok masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment