Kuih bronok sagu memang tidak jemu dimakan dan sesuai dimakan bila-bila masa. Untuk tambah keenakkan sejukkan dulu di dalam peti ais sebelum dimakan. Hasil rujukan dari beberapa blog, terutamanya blog Citrasawan menghasilkan bronok sagu yang sedap dan Wangi baunya.
Bahan-bahan :
1 Cawan Sagu Halus
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 sudu besar sirap ros/pewarna merah
2 helai daun pandan
1/2 cawan kelapa parut + sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Lalukan sagu di bawah air dan sejatkan
- Masak air sehingga mendidih kemudian masukkan sagu dan sentiasa kacau
- Masukkan pewarna, gula dan daun pandan kacau sehingga sagu menjadi likat
- Basahkan acuan atau Loyang
- Sejukkan di dalam peti ais
- Potong kemudian gaulkan dengan kelapa
- Untuk tahan lebih lama, kelapa yang digaulkan degan garam seeloknya dikukus sekejap.
No comments:
Post a Comment