Kuih yang agak mudah untuk disediakan. Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang.
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan kulit:
2 cawan gandum
1 biji telur
2 Sudu marjerin
2 cawan air - lebih kurang
Sedikit garam
Pewarna hijau
Cara Penyediaan Inti:
- Campurkan semua bahan ke dalam kuali, masak dengan api yang perlahan sehingga kering dan selalu kacau.
- Kemudian sejukkan.
Cara Penyediaan kulit:
- Campur semua bahan, dan bancuh sehingga adunan menjadi licin dan tidak berketul.
- Boleh gunakan whisk dan tapis sekiranya perlu.
- Panaskan kuali, tak perlu gunakan minyak sekiranya menggunakan kuali non stick
- Tuangkan satu senduk bancuhan dan ratakan dengan menggunakan sudip.
- Angkat dan gulung bersama inti yang disejukkan.
No comments:
Post a Comment