Ikan Selar memang sedap digoreng garing, untuk menambah rasa boleh pelbagaikan dengan selar goreng bersambal. Manakala untuk membangkitkan bau harum sambal boleh dimasukkan daun pandan ke dalam sambal, memang menghasilkan sambal yang Wangi.
Bahan-bahan:
3 ekor ikan selar saiz sederhana - bersih dan lumurkan dengan garam kunyit
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit Gula Melaka @ nise - jika suka
1 sudu gula
garam - jika perlu
1 helai daun pandan
Minyak untuk menggoreng ikan dan menumis
Cara penyediaan:
- Tumis bawang sehingga Wangi dah layu
- Masukkan cili giling tumis sehingga cili betul-betul masak. Boleh tambah air.
- Masukkan daun pandan, sos cili dan sos tiram
- Masukkan nise, gula dan garam.
- Curahkan sambal di atas ikan yang telah digoreng.
No comments:
Post a Comment