Wednesday, July 1, 2015

Dalca Sayur


 
Dalca sayur memang sedap dimakan samada dengan nasi minyak atau nasi putih biasa. Kelainan dalca yang dimasak adalah sedikit berbeza kerana menggunakan nenas. Rasa masam manis nenas memang membangkit selera. Kalau di nergeri Kelantan untuk masak dalca memang telah ada rempah dalca yang siap dan boleh dibeli di kedai. Rempahnya seakan-akan rempah kari biasa, tapi ada sedikit kelainan dari segi rasa.
 
Bahan-bahan:
 
1/2 kg daging tetel/ boleh digantikan dengan ayam yg dicincang halus
3-4 sudu besar rempah kari daging
1 setengah kotak santan pekat - 300ml
5-6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia - jika suka
1/2 keping gula Melaka @nise
1 sudu cili giling
Minyak untuk menumis
Sayur - Karot, Jagung muda,terung, kacang panjang dan bendi
1/2 biji nenas - potong kecil
 
 
Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang yang telah ditumbuk/mesin sehingga Wangi
  2. Masukkan cili giling tumis sehinga cili masak kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk
  4. Masukkan santan dan air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  5. Masukkan nenas dan masak seketika sehingga kuah mendidih
  6. Masukkan sedikit gula Melaka atau nise.
  7. Masukkan sayur dan masak sehingga sayur sedikit layu.
  8. Perasakan dengan gula dan garam. Sekiranya tidak amsak boleh masukkan air asam jawa atau asam keping atau memadai dengan masam nenas.
 

No comments:

Post a Comment