Thursday, November 13, 2014

Homemade Burger



Encik suami rajin melayan selera yang teringin nak makan homemade burger. Kebetulan bahan-bahan ada, memang sedap walaupon simple je.

Bahan:-

Daging burger ayam/daging
Roti Burger
Kicap maggi
Serbuk lada putih
Bawang besar dicincang
Kepingan Cheese
Mayonis
Soso Cili
Daun salad
Tomato

Cara penyediaan:

1. Bakar daging di atas pan
2. Daging dicucuk dengan garfu dan taburkan serbuk lada putih serta kicap maggi
3. Pada masa yang sama sapukan mentega pada kedua-dua belah roti burger yang di
    belah tengah dan bakar sekejap di atas pan
4. Burger disediakan dengan menyusun daging, kepingan cheese, mayonis, bawang dan
    salad serta sos.

Sup Ikan


 
Kalau time nak cepat sesuai sangat masak sup ikan. Cepat di masak sedap dimakan. Makan dengan telur dadar pon dah cukup. Kalau ada sambal belacan lagi sedap. Dah banyak kali masak sup ikan antara ikan yang digunakan ikan merah dan siakap.
 
Bahan-bahan:
 
Seekor ikan merah/siakap
Bawang merah ~ 2 ulas - optional
Bawang putih ~ 4-5 ulas
Sup ikan adabi ~ buah keras di dalam rempah sup ini perlu ditumbuk
Karot
Sadri
Kentang
Daun sup & daun bawang
Cili sekiranya suka pedas
 
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang sampai layu
2. Masukkan air anggaran tenggelam ikan
3. Masukkan rempah sup termasuk buah keras yang ditumbuk
4. Masukkan ubu kentang dan karot masak hingga mendidih
5. Masukkan ikan, sadri dan perasakan dengan garam dan gula.
6. Boleh masukkan daun sup dan daun bawang  serta cili yang dipotong sekiranya suka
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, November 12, 2014

Masak Lemak Cili Api Perut Lembu



Masakan dari air tangan incik suami, masak lemak cili api perut lembu, bayam goreng dan ikan pekasam goreng. Memang makan bertambah-tambah.

Masak Lemak Cili Api Perut Lembu:-

Semangkuk perut lembu yang dah direbus dan dipotong kecil
Satu kotak santan ~ 200ml campur dengan air mengikut kepekatan yang dikehendaki
Bawang merah ~ 3-4 ulas
Kunyit ~ Sebesar ibu jari
Cili ~ Bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki
Ubi kentang kalau suka
Asam keping ~ 1-2 keping
Daun kunyit ~ Jika suka

Cara penyediaan:

1. Bawang merah, cili dan kunyit ditumbuk atau mesin lumat
2. Masakkan perut lembu dan bahan yang dimesin sehingga mesra
3. Masukkan santan, asam keping dan ubi kentang serta daun kunyit yang dicarik halus
4. Perasakan dengan garam dan gula

Gulai Lengkuas Kunyit Ikan (Gulai Darat)

 
 
Gulai ikan lengkuas kunyit atau lebih dikenali dengan gulai darat memang sedap. Kalau di Negeri Kelantan selalunya ikan tongkol dimasak gulai darat dan makan dengan nasi putih dikenali dengan nasi belauk untuk sarapan pagi. Ikan tongkol perlu direbus terlebih dahulu. Tapi, saya dah banyak kali masak gulai ikan ni dan hanya gunakan ikan selar yang tidak direbus terlebih dahulu. Rasanya tidak kurang enak, gambar di bawah saya gunakan resepi yang sama cuma saya gunakan ikan Nyok Nyok pon memangggg sedapppppp....untuk ikan merah pon sedap..seeloknya ikan dilumurkan garam dan dibiarkan sekejaps ebelum dimasak.
 
Resepi dan Cara Penyediaan:-
 
Bahan:
 
Ikan dibersihkan dan dilumur garam
Bawang merah ~5-6 ulas
Sedikit halia ~ seinci
Kunyit ~ seinci
Lengkuas ~ Sebesar ibu jari kaki
Cili merah ~ 1 biji
Rempah kari ikan ~ 1 sudu
Serbuk ketumbar ~ Optional, tak letak pon ok
Hirisan Timun dan Cili ~ Optional, kalau suka
Garam gula dan serbuk perasa (kalau suka)
Sekotak santan - 200ml Santan campur air mengikut kepekatan yang dikehendaki
Asam keping ~ sekeping
 
Cara:
 
1. Bawang merah, halia, lengkuas, kunyit dan cili dimesin lumat
2. Campurkan bahan yang dimesin dengan santan, serbuk kari ikan dan masukkan asam  
    keping. Masak sehingga mendidih
3. Masukkan ikan, timun dan cili yang dipotong dan perasakan dengan garam dan gula.
 
 
 

Pisang Goreng Cheese Tanpa Susu



 
Goreng pisang memang sedap dimakan panas-panas. Apatah lagi goreng pisang cheese. Incik suami berbesar hati menyediakan goreng pisang cheese hasil rujukan resepi di dalam blog tershor Puan Azlita masam manis. Walau bagaimanapun atas sebab kesihatan kami tidak gunakan susu lemak manis untuk dimakan bersama memadai dengan taburan cheese yang diparut. Memang sedap.....T.Kasih Pn. Azlita atas resepi yang dikongsikan memang ranggup dan sedap goreng pisang yang dihasilkan.....
 
 
Resepi seperti yang disalin dalam blog Masam Manis:
 
Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur
Cara Penyediaan:
 
Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Resepi lengkap untuk bahan sos dan toping boleh rujuk blog Azlita Masam Manis.

Nasik Lemak Medan Selera Presint 8 Putrajaya



Sekadar berkongsi keenakkan nasik lemak Medan Selera Prisent 8. Nasik lemak yang disukai ramai di Putrajaya. Memang berbaris panjang untuk dapatkan nasi lemak ni. Seawal jam 6.45 pagi saya dah mula menunggu kedai dibuka untuk beli nasi lemak kerana kawan nak datang bersarapan kat rumah dan sememangnya beliau teringin untuk rasa nasi lemak ni.  Lauk pauknya memang banyak pilihan paru, sotong, kerang, ayam dan telur goreng sambal memang sedap dengan rasanya yang sedikit manis.

Monday, November 10, 2014

Mee Sup Resepi Azie Kitchen

Lamanya tak update blog setahun dah blog ni bersawang. Alhamdulillah rasa semangat balik nak kumpulkan resepi kegemaran untuk rujukan di masa akan datang.
 
Resepi mee sup hasil rujukan daripada blog Azie Kitchen. Memang terbukti sedap, mudah untuk disediakan. Terima kasih kepada Puan Azie.
 

 Resepi yang disalin daripada blog Azie Kitchen.
  
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara:
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis
sehingga wangi.
 
Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
 
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis.
 
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.
 
*** Boleh dihidangkan bersama sambal kicap dan cili jeruk.Untuk rujukan bergambar boleh
     ke blog Azie Kitchen