Pertama kali buat kuih talam ubi kayu memang sedap hasil rujukan daripada blog Ilham Dapur. Terima kasih kepada pemilik blog yang hebat Ilham Dapur.
Resepi seperti yang disalin dari blog Ilham Dapur.
Bahan-bahan
1/2kg ubi kayu - buang urat tengah dan potong saiz kecil
3/4 cawan air - untuk kisar ubi
1/2 cawan + 2 sudu besar gula halus
120ml santan cair
secubit garam
sedikit pewarna merah, hijau & kuning
kelapa parut secukupnya - gaul dengan sedikit garam [saya kukus sekejap]
Cara Penyediaan
- Didihkan air dalam pengukus.
- Kisar ubi kayu dengan air biar sedikit halus macam pasir gitu, jangan lumat berkrim ye. Kemudian tuang dalam penapis biar air sejat sikit (tak perlu tekan, letak gitu je sekejap pastu terus masuk dalam bekas).
- Sebatikan dengan santan dan gula, kemudian bahagia 3 dan masukkan pewarna. Tuang dalam bekas/tware yang telah disapu dengan sedikit minyak lapisan pertama merah.
- Kukus selama 5-7 minit dan tuang pula lapisan kuning dan kukus balik 5-7 minit. Kemudian lapisan akhir dan kukus selama 20-25 minit (bungkus penutup pengukus dengan tuala/kain. Bila masak sejukkan sepenuhnya.
- Bila dah sejuk potong dan golek dalam kelapa.
No comments:
Post a Comment