Tuesday, June 30, 2015

Wajik Durian


 
 
Wajik atau di Negeri Kelantan dikenali sebagai nasi manis memang menjadi menu pilihan sekiranya ada Majlis Perkahwinan. Namun wajik banyak juga dijual di pasar malam/tani lebih-lebih lagi wajik yang dicampur dengan durian. Untuk menyediakan menu ini tidaklah susah cuma memerlukan masa yang agak lama untuk memastikan wajik yang dimasak kering dan berkilat. walaupun pertama kali menyediakan menu ni hasilnya sama dengan wajik durian yang dibeli di Pasar Tani Putrajaya.

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut - direndam 2 hingga 4 jam
Daun Pandan
1 hingga 2 sudu minyak masak
1/2 kg gula
1/2 kg gula Melaka atau nise
Sedikit garam
3 kotak santan 200 ml - sekiranya santan kara boleh gunakan 2 kotak sahaja (agak pekat)
lebih kurang 1 mug air
Garam
Air kapur - anggaran setengah cawan

Cara penyediaan:
  1. Beras pulut yang direndam dikukus sehingga 7-10 minit
  2. Angkat pulut yang dikukus gaulkan dengan sedikit minyak sekiranya Nampak masih mentah boleh gaulkan dengan sedikit air dalam 1 cawan - Minyak digunakan untuk dapatkan pulut yang berkilat merujuk kepada resepi dari Pn. Azie Kitchen
  3. Kukus seketika lebih kurang 10-15 minit
  4. Untuk sediakan wajik pastikan pulut yang dikukus tidak lembik atau terlalu masak
  5. Sejukkan pulut terlebih dahulu.
  6. Panaskan gula Melaka, gula dan air sehingga semua gula larut kemudian tapis
  7. Panaskan semula bahan yang ditapis bersama santan sentiasa kacau
  8. Masukkan daun pandan
  9. Masukkan secubit garam, masak dan kacau sehingga betul masak dan sedikit likat dan berkilat
  10. Masukkan pulut dan air kapur kemudian sentiasa kacau sehingga pekat dan berkilat

No comments:

Post a Comment