Tuesday, August 20, 2013

Kuih Badak - Kelantan



Kuih badak ni sekali tengok macam kuih keria, tapi kuih badak ni tak guna keledek. Kuih ni hanya boleh dapat di Kelantan je. Saya tak tahu kenapa dipanggil kuih badak sedangkan bentuknya macam donut.  Memandangkan susah nak jumpa kuih ni, saya tanya pakcik Google dan saya buat sendiri. Alhamdulillah rasa macam yang saya beli kat Kampung....

Bahan-bahan

Secawan kelapa muda (parut)
Secawan tepung pulut
1/3 cawan tepung gandum
Sedikit air
Sedikit garam
Dua senduk kecil gula
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

1. Campurkan kelapa, tepung pulut, tepung gandum, garam dan sedikit air.
2. Uli sampai menjadi doh dan tidak melekat ditangan
3. Bentukkan seperti donut dan goreng sampai perang

Cara Penyediaan Air Gula (Sira)

1. Panaskan gula dengan sedikit air dan masukkan daun pandan
2. Kacau sampai air gula menjadi pekat
3. Masukkan kuih badak yang telah digoreng di dalam air gula

Selamat mencuba.


Sunday, August 4, 2013

Bronok Sagu



 
Salah satu kuih kegemaran. Senang je buat, cuma kalau silap langkah boleh jadi lembik dan susah untuk dipotong, makanya tidak cantik dipandang mata :)

Daging Goreng Sos Tiram


 
Lauk yang senang dimasak dan sedap di makan. Untuk tambah selera daging goreng ni sedap dimakan dengan nasi dan sayur putih sayur-sayuran, atau sayur lemak labu, sayur lemak petola atau terung.

Daging Goreng Sos Tiram

300-500 gm daging
1 labu bawang besar kuning
4 ulas bawang putih
Kacang panjang
Cili merah
3 sudu sos tiram
Garam dan gula
4-5 sudu minyak masak

Cara Penyediaan

1. Potong nipis-nipis daging dan goreng tanpa minyak
2. Masukkan sedikit garam
3. Gorang sampai air daging menjadi kering
4. Masukkan minyak gorang sampai daging masak dan garing
5. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan bawang putih
6. Masukkan kacang panjang dan cili merah
7. Masukkan sos tiram
8. Boleh tambah gula atau sebuk perasa jika suka



Monday, July 29, 2013

Siakap Asam Pedas. & Kuih butir nangka

Beberapa hari ni anak dara asyik minta untuk masakkan asam pedas je. Kena layan selera orang belajar berpuasa ni. Kali ni masak asam pedas guna rempah asam pedas Maharani, jiran bagi. TQ Makcik Jiran. Memang kami sekeluarga makan bertambah, tambahan pula bila guna ikan siakap. Selalunya kalau masak asam pedas guna ikan tenggiri, pari, kembung tapi selepas beberapa kali kami singgah makan di gerai asam pedas Mak Pon Muar (menjadi persinggahan tetap kalau lalu Muar) saya pilih ikan siakap asam pedas fuhhhh memang sedap.  Pendamping asam pedas ni macam biasa goreng telur dadar, ulam timun sebab terlupa nak goreng sayur yang pada asalnya nak buat kacang panjang masak taucu disebabkan dok asyik gentel kuih 'butir nangka' makan dengan ulam saje la.


Resepi Siakap Asam Pedas Maharani


1 Bungkus rempah asam pedas Maharani
1 Ekor ikan siakap
5 Biji bawang merah
3 Ulas bawang putih
Sedikit daun kesum
Kacang Bendi
Tomato
Bunga Kantan (kalau suka)

Cara Penyediaan:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk
2. Masukkan rempah asam pedas dan masukkan air (mengikut kepekatan yang disukai)
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan biar kuah mendidih
4. Masukkan ikan kemudian kacang bendi dan tomato



Kuih Butir Nangka

Memandangkan stok tepung pulut dan tepung beras masih ada, saya turut sediakan kuih butir nangka. Memang manis dan lemak berkrim, sedap sangat masa berbuka.

Resepi Untuk Biji Nangka

2 cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung gandum
Pewarna (kalau nak guna air daun pandan pon ok)
1/2 Cawan air (agak2 sahaja lupa la pula)

Gaulkan semua hingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan. Bentukkan bulat atau bujur seperti biji nangka. Sebelum tu sediakan air rebusan di atas dapur.  Masukkan biji nangka di dalam air mendidik sehingga ia timbul. Angkat dan rendam di dalam air biasa.

Resepi untuk kuah

1 Kotak santan (saya guna 1.5 kotak)
1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
Sedikit halba (hujung sudu kecil)
2 Cawan air
1 sudu tepung jagung (boleh gantikan dengan tepung beras)

Campurkan semua masak sehingga mendidih.





Berbuka Puasa Di Masjid



 
Alhamdulilah, pada Ahad yang lepas sempat berbuka puasa di Masjid Tengku Mizan a.k.a Masjid Besi Putrajaya. Sebelum tu sempat juga singgah Pasar Ramadhan beli kuih karipap dan martabak.  Ingatkan tak ada yang bawa makan sendiri rupanya bila tengok orang lain siap bawal bakul, mangkuk tingkat fuhh macam picnic la pula.  Memang best sangat berbuka dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Lepas sembahyang maghrib emmm makan tak henggat, best juga menunya ayam masak lemak cili api, tenggiri goreng taucu dan kobis goreng. Gambar tak sempat nak ambil. Insyaallah lain kali boleh pergi lagi.

Pendamping Sup Gear Box


 
 
Gambar pendamping sahaja...gamba Sup takdak..lapa...tak sempat ambil gamba :)

Sunday, July 28, 2013

Spaghetti Bolognese




Memandangkan anak-anak suka makan spaghetti masa berbuka di Bayou Coffee House untuk hari berikutnya masak spaghetti lagi. Selalunya buat sos sendiri mengikut resepi yang diberikan oleh arwah kawan  (Al-Fatihah untuk arwah Erra). Resepi spaghettinya memang sedap dan ada beza dengan yang selalu saya makan kat kedai. Tapi kali ni saja masak ikut resepi pakcik google dan diubah suai mengikut bahan yang ada.
 
Bahan-bahan
 
1 Paket Spaghetti
1 Botol Sos Spaghetti Prego (saya guna yang bawang putih & Basil)
400 gm Daging Cincang
5 Ulas Bawang Putih
1 Labu besar bawang besar kuning
1 Tin Cendawan Butang
Daun Basil Kering (boleh ganti dengan daun ketumbar)
1/2 Cawan susu segar (boleh ganti dengan susu cair)
Minyak Zaiton (boleh guna minyak biasa )
1 Cawan sos tomato (boleh gantikan dengan tomato puri)
1 Kiub ayam (kalau tak masukkan pon tak apa)
 
Cara Penyediaan Sos
 
1. Bawang putih dan bawang besar dicincang dan ditumis sampai naik bau.
2. Masukkan daging masak sampai daging dah hancur dan masak
3. Masukkan sos prego dan sos tomato, tambah air mengikut kepekatan yang dihendaki
4. Masukkan susu cair, cendawan butang dan daun basil.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
 
Spaghetti
 
1. Celur Spaghetti di dalam air yang dicampur dengan 3 sudu minyak masak
2. Masak sampai lembut, angkat dan lalukan di bawah air -Siram je
3. Kalau nak nampak spaghetti berkilat dan wangi boleh gaulkan dengan sedikit planta.