Sunday, November 16, 2014

Nasi Lemak Sambal Bilis

 

Nasi lemak sambal sambal bilis sedikit berbeza dengan nasi lemak biasanya kerana bilisnya tidak digoreng tetapi terus dimasukkan di dalam sambal yang dimasak sehingga bilis lembut. Nasi lemak sambal bilis memadai hanya dimakan dengan telur rebus dan timun dan tidak perlu kacang goreng.
 
Bahan-bahan untuk sambal bilis:-
 
Anggaran secawan cili giling
Secawan atau lebih bilis
1 labu besar bawang besar holand
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram jika suka
Hirisan bawang besar untuk dimasukkan di dalam sambal
Minyak untuk menumis
Garam dan gula
  
Cara penyediaan:-
  
1. Mesin bawang besar, bawang merah dan bawang putih goreng sehingga garing
2. Masukkan cili giling goreng sehingga cili betul-betul masak. Boleh tambah air.
3. Masukkan gula dan garam. Untuk sambal lebih berkilat lebihkan gula.
4. Masukkan bilis, sos cili, sos tomato dan sos tiram goreng sehingga bilis betul2 lembut.
5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
 
Untuk nasi, masak nasi seperti biasa tambahkan santan dan sedikit garam. Kemudian masukkan daun pandan untuk dapatkan nasi yang wangi.

2 comments:

  1. Sedapnya sis masak....! Mengembalikan nostalgia nasi lemak kantin sekolah sepinggan seringgit.....

    ReplyDelete