Thursday, June 18, 2015

Puding Raja


 
Pertama kali mencuba untuk sediakan puding raja. Hasil rujukan daripada pelbagai blog masakan terutamanya blog citarasawan telah menghasilkan puding raja yang sedap dan menepati selera.
 
A. Bahan Jala Emas:
 
10 Biji Telur Itik
1/2 kg gula
250ml air
daun pandan
 
Cara Penyediaan:
  1. Pukul telur sehingga kembang kemudian tapiskan
  2. Masak air gula sehingga betul-betul mendidih bersama dengan daun pandan
  3. Masukkan telur ke dalam acuan roti jalan
  4. Jalakan secara membulat biarkan seketika kemudian angkat menggunkan garfu penyepit makanan
  5. Sejatkan sehingga kering air gula
 
B. Pisang dan Cara Penyediaan:
 
20 Biji Pisang Lemak Manis
Lebih kurang satu sudu minyak sapi
Minyak untuk menggoreng pisang - Perlu tenggelam pisang 
 
Campurkan minyak sapi kedalam minyak panaskan, Goreng pisang sehingga perang kemudian sejukkan di atas tisu dapur suoaya serap minyak.
 
 
C. Bahan Untuk Kuah Puding:
 
1 Tin susu sejat
200 ml air
3 biji kuning telur - saya gunakan 2 biji sahaja
150 gm gula
1 sudu the esen vanilla
1 sudu tepung kastad - campurkan dengan sedikit air
Sehelai daun pandan
 
Campurkan kesemua bahan dan pukul seketika kemudian tapis dan panaskan di atas api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk dapatkan kuah yang cantik.
 
D. Bahan sampingan
 
Gajus, buah prun, ceri merah dan hijau
 
 
CARA PENYEDIAAN PUDING
 
  1. Susun pisang di dalam bekas, taburkan jala emas di atas pisang
  2. Hiaskan dengan gajus, prun dan ceri
  3. Tuangkan kuah di atas pudding sedia untuk dihidangkan.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment