Saturday, June 20, 2015

Nasi Ayam Menu Popular Bulan Ramadhan



Nasi ayam memang popular dan selalu dimasak dalam bulan Ramadhan.  Boleh rujuk resepi DISINI.

Thursday, June 18, 2015

Siakap Masam Manis


 
Terdapat pelbagai resepi siakap masam manis. Kadang-kala setiap kali masak resepi akan berubah-ubah mengikut bahan sedia ada. Menu kali ni sedikit kelainan kerana turut dimasukkan serai dan daun limau purut.
 
Bahan-bahan
 
1 ekor ikan - digoreng garing
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
sedikit halia
1 helai daun limau purut
1 sudu cili giling
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos ikan - jika suka
1 sudu sos tiram
Timun, tomato dan nenas - Jika suka
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Tumis bawang sehingga Wangi
  2. Masukkan cili giling tumis sehingga cili masak
  3. Masukkan semua sos, daun limau purut dan serai masak seketika
  4. Tambah air sekiranya perlu kemudian perasakan dengan garam dan gula
  5. Masukkan timun, tomato dan nenas yang dipotong dadu
  6. Siram di atas ikan

Puding Raja


 
Pertama kali mencuba untuk sediakan puding raja. Hasil rujukan daripada pelbagai blog masakan terutamanya blog citarasawan telah menghasilkan puding raja yang sedap dan menepati selera.
 
A. Bahan Jala Emas:
 
10 Biji Telur Itik
1/2 kg gula
250ml air
daun pandan
 
Cara Penyediaan:
  1. Pukul telur sehingga kembang kemudian tapiskan
  2. Masak air gula sehingga betul-betul mendidih bersama dengan daun pandan
  3. Masukkan telur ke dalam acuan roti jalan
  4. Jalakan secara membulat biarkan seketika kemudian angkat menggunkan garfu penyepit makanan
  5. Sejatkan sehingga kering air gula
 
B. Pisang dan Cara Penyediaan:
 
20 Biji Pisang Lemak Manis
Lebih kurang satu sudu minyak sapi
Minyak untuk menggoreng pisang - Perlu tenggelam pisang 
 
Campurkan minyak sapi kedalam minyak panaskan, Goreng pisang sehingga perang kemudian sejukkan di atas tisu dapur suoaya serap minyak.
 
 
C. Bahan Untuk Kuah Puding:
 
1 Tin susu sejat
200 ml air
3 biji kuning telur - saya gunakan 2 biji sahaja
150 gm gula
1 sudu the esen vanilla
1 sudu tepung kastad - campurkan dengan sedikit air
Sehelai daun pandan
 
Campurkan kesemua bahan dan pukul seketika kemudian tapis dan panaskan di atas api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk dapatkan kuah yang cantik.
 
D. Bahan sampingan
 
Gajus, buah prun, ceri merah dan hijau
 
 
CARA PENYEDIAAN PUDING
 
  1. Susun pisang di dalam bekas, taburkan jala emas di atas pisang
  2. Hiaskan dengan gajus, prun dan ceri
  3. Tuangkan kuah di atas pudding sedia untuk dihidangkan.
 
 
 
 

Monday, June 8, 2015

Roti Sosej



Roti gulung memang sedap dimakan sama ada untuk sarapan atau minum petang. Untuk tambah kelazatan boleh dicicah dengan sos cili dan mayonis.

Bahan-bahan:

10 batang sosej ayam @ daging
10 keeping roti sandwich
2 biji telur
Garam
Serbuk lada sulah - jika suka
breadcrumbs (serbuk roti)
Minyak untuk menggoreng             

Cara Penyediaan:
 
  1. Pukul telur kemudian  masukkan garam dan lada sulah ke dalam telur
  2. Gelek roti dengan penggelek hingga nipis - boleh guna botol/gelas
  3. Kemudian letakkan sosej di atas roti dan gulungkan
  4. Celup gulungan roti ke dalam telur
  5. Kemudian golekkan/salut gulungan ke dalam serbuk roti
  6. Goreng seketika di dalam minyak yang panas

       

Nasi Goreng Sotong Berkacang

 
Nasi goreng yang simple namun membangkit selera. Nasi goreng menggunakan sayur kacang panjang dan karot.
 
Bahan-bahan:
 
 
3 cawan nasi
2 ekor sotong - potong bulat
1 keping dada ayam - potong kecil
1/2 batang karot - potong kecil
5-6 biji kacang panjang - potong kecil
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili - jika suka
segenggam bilis - goreng garing
1 biji telur
 
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Goreng bilis sehingga garing dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang dan cili yang ditumbuk lumat
  3. Masukkan isi ayam goreng hingga masak
  4. Kemudian masukkan sotong goreng seketika sehingga kering airnya
  5. Masukkan kacang dan karot yang dipotong kecil
  6. Perasakan dengan garam
  7. Masukkan telur dan goreng ditepi kuali kemudian kacau rata
  8. Masukkan nasi dan goreng seketika
  9. Akhir sekali masukkan bilis yang telah digoreng.
 
 
 


Thursday, June 4, 2015

Asam Pedas Kepala Salmon

 
 
Menu asam pedas memang selalu sangat dimasak, bezanya hanya jenis-jenis ikan yang digunakan. Menu yang dimasak kali ni menggunakan kepala ikan salmon. Kepala ikan salmon memang banyak isi jika dibandingkan dengan lain-lain jenis kepala ikan. Memang puas makan sekeluarga. Resepi boleh dirujuk di SINI.

Salmon Panggang

 
 
Menu yang sangat jarang dimasak. Sesekali ingin mencuba salmon grill memadai dimakan dengan sos cili dan mayonis serta sayur-sayuran yang di stim. Sangat sesuai untuk menu diet.
 
Bahan- bahan:
 
2 Keping ikan salmon
Sedikit halia *
2 ulas bawang putih*
1 sudu lada hitam*
Sedikit minyak zaiton
 
Cara Penyediaan:
 
  1. Bawang, halia dan lada hitam ditumbuk lumat
  2. Gaulkan bersama garam dan sedikit minyak zaiton
  3. Lumurkan kepada ikan dan perap seketika
  4. boleh panggang menggunakan pemanggang ajaib/grill