Sunday, January 4, 2015

Apam Tepung Beras



Banyak resepi untuk menyediakan apam tepung beras. Saya turut sediakan apam tepung beras dengan merujuk blog zanavilla.


Apam tepung beras
(sumber : Kak Watie)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • sepeket kecil eno
Cara-caranya:

  1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati.
  2. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
  3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  4. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.



No comments:

Post a Comment