Sunday, January 4, 2015

Gulai Udang Belimbing Buluh


 
Menu yang sangat mudah untuk disediakan. Bagi ibu yang bekerja boleh cuba menu sebegini kerana ia cepat dimasak.
 
Bahan-bahan:
 
Udang
Bawang merah - 2 hingga 3 ulas
Sedikit kunyit
Daun kunyit jika suka
Santan - Mengikut kepekatan yang disukai
Belimbing buluh dicelur sebentar
Cili padi ikut kepedasan yang digemari
 
 
Cara penyediaan:
 
  1. Tumbuk lumat bawang, kunyit dan cili padi
  2. Masukkan dalam periuk dan tambahkan air, masak sekejap
  3. Kemudian masukkan santan dan sentiasa kacau
  4. Bila dah mendidih masukkan udang dan belimbing serta daun kunyit
 
 

No comments:

Post a Comment