Friday, January 9, 2015

Spaghetti Bolognese



Spaghetti Bolognese ala-ala Malaysia ni memang selalu dimasak. Setiap kali masak mesti teringat kepada arwah kawan. Al-Fatihah untuk arwah, resepi ni arwah kongsikan dengan kami kawan-kawan beliau masa kitaorang berkumpul masak ramai-ramai masa awal-awal kitaorang kerja disalah satu Jabatan Kerajaan. Resepi ini saya kongsikan disini semoga pahala berlipat ganda untuk beliau di sana.

Bahan-bahan:

5 biji tomato segar - saiz besar
2 cawan sos tomato
1 paket daging cincang
1 labu bawang besar Holland
3 ulas bawang putih
Cendawan butang dalam tin - sekiranya suka
Secekak daun ketumbar - potong halus
3 sudu lada hitam - tumbuk atau mesin
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Cincang bawang besar dan bawang putih tumis sehingga Wangi
  2. Masukkan daging cincang masak sampai kering air
  3. Kemudian masukkan tomato segar yang dimesin
  4. Masukkan sos tomato
  5. Boleh tambah air sekiranya pekat
  6. Masukkan cendawan butang, daun ketumbar yang dipotong halus
  7. Masukkan lada hitam yang telah dimesin
  8. Perasakan dengan garam dan gula


No comments:

Post a Comment