Bubur nasi Singapore ini sangat sedap dan memang kena dengan selera kami sekeluarga. Menu ni diperolehi daripada kawan baik. Beliau selalu hantar ke rumah bubur yang beliau masak. Kerana menyukai bubur ini saya dapatkan resepi dari beliau dan telah berkali-kali masak bubur ini. Bubur ini dimakan bersama sos yang disediakan dan telur jeruk.
Bahan-bahan untuk bubur:
2 Genggam beras - di masak dengan air yang banyak
1 Kotak santan
300 gm daging - potong kecil dan nipis
15 ekor udang - lebih pon ok
10 ekor sotong- lebih pok ok
Sedikit garam
Daun pandan
Bahan-bahan untuk sos:
Segenggam udang kering
1-2 labu bawang besar merah - bawang india
Jus limau kasturi
Sedikit cuka makan - 2~3 sudu
Timun - Potong nipis dan halus
Tomato - Potong nipis dan halus
Garam dan gula
2 cawan air yang telah dimasak
Cara Penyediaan:
A. Bubur
Masak beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur menjadi bubur
Masukkan daun pandan untuk mendapat bubur yang harum
Masukkan daging dan masak sehingga daging betul-betul masak
Masukkan santan dan garam diikuti udang dan sotong masak seketika
B. Sos
Mesin/tumbuk udang kering
Campurkan dengan air masak
Masukkan bawang, timun, tomato yang telah dipotong
Kemusian masukkan cuka dan jus limau
Perasakan dengan garam dan gula