Bilis sambal tempoyak dari segi rupa tiada bezanya dengan sambal bilis biasa, cuma rasanya ada rasa masam manis tempoyak. Memang sedap dimakan dengan nasi panas.
Bahan-bahan:
Dua genggam bilis
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 Labu bawang besar kuning
3 sudu cili giling
2 sudu tempoyak
Garam dan gula - Sekiranya suka boleh masukkan sedikit gula melaka
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
- Goreng bilis hingga garing dan ketepikan
- Bawang merah dan bawang putih ditumbuk hancur
- Tumis bawang dan cili giling sehingga masak dan pecah minyak
- Perasakan dengan garam dan gula, serta masukkan gula melaka - setengah keping kecil
- Masukkan tempoyak masak seketika dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat
- Padamkan api, masukkan bilis dan kacau sehingga mesra.
No comments:
Post a Comment