Mee Bandung Batu Pahat sedikit berbeza dengan Mee Bandung Muar. Mee Bandung Batu Pahat mengikut apa yang kami makan sedikit manis dan tidak pedas. Mee Bandung yang popular di Batu Pahat ialah Mee Bandung berdekatan dengan Panggung Odeon Lama tidak jauh dari Stesen Bas. Terdapat banyak kedai yang menjual mee bandung disitu. Rasanya hamper sama bagi semua kedai. Salah satu pemilik kedai di situ telah menyediakan rempah mee bandung segera dan rasanya memang sama dengan apa yang kami makan di kedai di Batu Pahat. Rempah mee Bandung ini boleh di beli online dan bernasib baik kerana rampah ini ada dijual di Pasar Putrajaya.
Bahan dan cara penyediaan seperti di belakang pek rempah mee bandung untuk 3/4 orang makan:
1 pek rempah
0.75 liter air rebusan daging/ayam/rebusan tulang
3 genggam mee kuning
3 biji telur
Rencah pilihan seperti daging, udang, sotong kembang, fish cake, kerang.
Sedikit sawi dan kobis panjang
Sedikit minyak untuk menumis
1biji bawang besar atau 6 biji bawang merah dicincang halus atau kisar
- Tumis bawang hingga naik bau
- Tuangkan air rebusan dan masukkan 1 pek rempah dan kacau sebati
- Masukkan rencah pilihan
- Pecahkan telur, bila telur masak masukkan mee kining dan sawi.
Mabeles mee bandung ni
ReplyDelete