Monday, July 29, 2013

Siakap Asam Pedas. & Kuih butir nangka

Beberapa hari ni anak dara asyik minta untuk masakkan asam pedas je. Kena layan selera orang belajar berpuasa ni. Kali ni masak asam pedas guna rempah asam pedas Maharani, jiran bagi. TQ Makcik Jiran. Memang kami sekeluarga makan bertambah, tambahan pula bila guna ikan siakap. Selalunya kalau masak asam pedas guna ikan tenggiri, pari, kembung tapi selepas beberapa kali kami singgah makan di gerai asam pedas Mak Pon Muar (menjadi persinggahan tetap kalau lalu Muar) saya pilih ikan siakap asam pedas fuhhhh memang sedap.  Pendamping asam pedas ni macam biasa goreng telur dadar, ulam timun sebab terlupa nak goreng sayur yang pada asalnya nak buat kacang panjang masak taucu disebabkan dok asyik gentel kuih 'butir nangka' makan dengan ulam saje la.


Resepi Siakap Asam Pedas Maharani


1 Bungkus rempah asam pedas Maharani
1 Ekor ikan siakap
5 Biji bawang merah
3 Ulas bawang putih
Sedikit daun kesum
Kacang Bendi
Tomato
Bunga Kantan (kalau suka)

Cara Penyediaan:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk
2. Masukkan rempah asam pedas dan masukkan air (mengikut kepekatan yang disukai)
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan biar kuah mendidih
4. Masukkan ikan kemudian kacang bendi dan tomato



Kuih Butir Nangka

Memandangkan stok tepung pulut dan tepung beras masih ada, saya turut sediakan kuih butir nangka. Memang manis dan lemak berkrim, sedap sangat masa berbuka.

Resepi Untuk Biji Nangka

2 cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung gandum
Pewarna (kalau nak guna air daun pandan pon ok)
1/2 Cawan air (agak2 sahaja lupa la pula)

Gaulkan semua hingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan. Bentukkan bulat atau bujur seperti biji nangka. Sebelum tu sediakan air rebusan di atas dapur.  Masukkan biji nangka di dalam air mendidik sehingga ia timbul. Angkat dan rendam di dalam air biasa.

Resepi untuk kuah

1 Kotak santan (saya guna 1.5 kotak)
1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
Sedikit halba (hujung sudu kecil)
2 Cawan air
1 sudu tepung jagung (boleh gantikan dengan tepung beras)

Campurkan semua masak sehingga mendidih.





1 comment:

  1. one of the favorite recipe for me i loved it yummy thanks alot of this doing procedure kindly visit us @ Maldives teaching job hiring

    ReplyDelete